Bangga dengan Usia



Jika Engkau masih muda
Tenang-tenangkan lah hatimu
kerana perjalananmu masih panjang
Pohon pengharapan masih rimbun,
hijau dan subur
justeru mudahlah bagimu
menjadikan mimpi satu kejadian yang sebenarnya.

Jika engkau telah tua
Tenang-tenangkanlah hatimu
kerana engkau telah terlepas 
daripada pertempuran dan perjuangan yang sengit
Engkau telah mengalami 
pengalaman yang dalam

Dalam sekolah hidup
Engkau telah mengetahui firasat manusia
dan tahu arah jalan yang bakal ditempuh
sedetik usia di umur tuamu
lebih mahal dan berharga
berbanding dengan bertahun-tahun
usia masa mudamu
kerana engkau telah mengalami
perjalanan yang panjang dan 
pengalaman yang pahit

(Al-Anisah Mai - Tasawuf Moden - Prof . Hamka)


Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Apa itu subsidi?