@@
Saya ditegur seseorang , "Pendapatan awak ni tak halal, kerja dalam institusi bank semua riba'"..."Bagaimana awak melalui hidup dengan pendapatan yang tiada berkat?"
Belum banyak hujah saya terlepas dari mulut..belum banyak kata-kata yang dia dengar dari saya..dia berlalu pergi.. dan ayat terakhirnya mengatakan "berubahlah..dalam mencari keberkatan dalam hidup dan pendapatan"..
Walaupun agak membengkakan hati saya...kerana pandangan dan hujah yang tak sempat untuk dilepaskan..saya bersyukur masih sempat tersenyum pada "ustaz" ini.. Senyum kerana Allah dan Rasul, bukankah nabi pesan "Ibtisamuka"..senyumlah kamu.. :) , si "ustaz" berlalu tanpa senyum, mungkin dia cukup yakin hidup dan pendapatannya cukup berkat sehingga urusan sekecil seperti senyum dan memaniskan muka tidak dirasakan perlu..
Dakwah itu bermula pada akhlak.. Akhlak tidak mengira dimana kita berada..hanya menjadi orang "dalam" sahaja kita dapat menjalankan dakwah secara halus dan tersembunyi.. Doakan sahabat2 dan orang luar mendapat hidayah untuk mengimbangi pendapatan kita dengan berkat dari "dalam".
WaAllahuA'lam
Comments
Post a Comment