Posts

Showing posts from May, 2014

Aku suka cerpen ini..:)

Image
Nanti... "Akan ada. Nanti." Kata Laila yang terus sahaja melurut-lurut skrin telefonnya.  Hati Nad yang sejak tadi tidak mahu diam-diam daripada memikirkan hal itu, menjadi semakin tidak keruan. Jawapan Laila terlalu pendek, untuk soalan yang membabitkan masa hadapan. "Itu je?"  "Ya. Cuma itu. Selebihnya kau buat seperti aku." "Seperti apa?" Nad terus memerhati Laila yang sibuk dengan telefonnya. Seperti ada rasa yang mahu ditumpahkan pada telefon itu. Mungkin rasa yang sudah lama tergantung dalam hati. "Main game." "Main game? Aku tanya soal jodoh, kau suruh aku main game?" "Mengapa terkejut? Kau terkejut sebab, sebenarnya dalam hati kau sudah ada jawapannya. Kau tahu untuk hal jodoh itu adalah rahsia Tuhan. Kau juga sudah tahu, untuk perempuan seperti kita yang malu-malu ini, usaha mencari jodoh yang baik itu, 50 peratus malu, 50 peratus doa, yang semuanya bererti kita hanya mampu berkata-kata, dan b...

siri talaqqi - Bidayatul Mujtahid Us.Dr Zaharuddin

Image

Kuliah Syarah Al-hikam

Kerehatan tiada dalam kamus dunia, adakah kamu sangka hidup kamu dicipta dengan sia-sia, dunia adalah pentas ujian Kamu menuntut kerehatan didunia yang fana', maka rugilah orang yang menuntut sesuatu yang mustahil. Bila manusia sedia dengan ujian, dia perlu berdepan dengan apa yang dibenci Tutup kesukaran dengan 3 perkara - keampunan, Kerahmatan & hidayah FITNAH Surah Al-Hujurat [11-12] Surah al-Nur[11-18] "Wahai orang-orang yang membenarkan Allah & Rasul , Janganlah 1 kaum mukminin mengeji kaum mukmin lain (kerana) boleh jadi mereka (yang dikeji) lebih baik daripada mereka" - HR Al-Bukhari;2446 & Muslim 2585 hadith Abu Musa Al-Asyfari Al - Baqarah - ayat 126 (Nabi Ibrahim) Al - Maidah - ayat 114 (Nabi Isa)

Ayat-ayat hikmah

"Menghadapi orang sulit selalu merupakan masalah terutama jika orang sulit itu adalah diri kita sendiri, jika kira merasai bahawa semua orang memiliki masalah dengan kita, tidakkah kita curiga bahawa diri kita inilah masalahnya" "Kita kadang merasa lebih benar, lebih baik, lebih tinggi, dan lebih suci dibanding mereka yang dinasihati" "Hanya mengingatkan kembali kepada diri ini: Jika kau merasa besar , periksa hatimu, mungkin ia sedang bengkak" "Jika kau merasa suci, periksa jiwamu , mungkin itu putihnya nanah dan luka nurani" "Jika kau merasa tinggi, periksa batinmu, mungkin ia sedang melayang kehilangan pajakan" "Jika kau merasa wangi, periksa ikhlasmu, mungkin itu asap dari amal shalihmu yang hangus dibakar rupa"

Ayyuhal Walad

Nasihat dari Imam Al-Ghazali R.A MUQADDIMAH NASIHAT بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين   Wahai anakku yang tercinta dan kekasih yang mulia, semoga Allah Taala memanjangkan umurmu dalam berbuat taat kepadaNya dan semoga Allah Taala memudahkan bagimu untuk mengikuti jalan para kekasihNya. Ketahuilah olehmu bahawasanya apa jua cabang nasihat itu adalah berasal daripada sumber kenabian (maksudnya hadis Rasulullah s.a.w.). Oleh kerana itu, apabila telah sampai kepadamu suatu nasihat yang berpunca daripada sumber ini maka apa perlunya lagi engkau kepada nasihat saya. Dan apabila masih belum sampai kepadamu suatu nasihat daripada sumber ini maka sebenarnya ilmu apa yang telah engkau pelajari selama ini? NASIHAT PERTAMA Waktu Itu Ialah Kehidupan Wahai anakku yang tercinta; Sebahagian daripada nasihat Rasulullah s.a.w. kepada umatnya ialah: عَلاَمَةُ اِعْرَاضِ اللهِ تَعَالَى عَنِ الْعَبْدِ، اشْتِغَالُهُ بِمَا لاَ يَعْنِ...

Read...

Image

Mesir

Image