Tengok TV semua pasal UMNO. Ceritanya begini..UMNO perlu diremajakan, antara tafsiran lain perlu kepimpinan orang muda, antara tafsiran lain pula bukan pemimpinnya perlu orang muda, tetapi cara kepimpinan dan perlaksanaan perlu berubah mengikut keadaan masa, perlu sihat tidak penyakit macam orang muda. Kenapa saya peduli, Saya kan pembangkang..hahaha. dah kebetulan semua TV pon semua pasal UMNO, maka saya mula berfikir, kepimpinan bukan semesti perlu orang muda, senior pon masih ok, pengalaman mereka diperlukan terutama dalam soal disiplin. Saya belum boleh dikira senior , kerja kurang 10 tahun, tapi saya bekerja dengan mereka yang melebihi tempoh tersebut. Bukan semua yang baik untuk dicontohi, tetapi ada yang bagus untuk dicontohi kerana disiplinnya. Latar belakang hidup pemimpin ataupun senior itu penting. Ada yang tegas kerana pengalaman mereka menghadapi keadaan yang tidak menentu, dan mencabar yang mereka alami.Jika mereka muda tetapi sudah dipaksa ...