Kata kata orang tua

Ini cerita kawan saya, 
Sejak beliau kecil,  dia tak berminat bermain kawin2,  atau melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan minat kanak kanak lelaki padanya.

Meningkat remaja,  sekali lagi gurauan rakan rakan untuk men'couple' dirinya dengan remaja lelaki tidak dilayan.

Meningkat usia yang layak untuk dipinang,  dia dengan lantang membalas 'aku tidak mahu kahwin'  dan menolak kata kata orang tua,  jangan diungkapkan sebegitu nanti jadi betul tak kahwin.

Tahun berubah ketika diusia yang layak usia seorang ibu,  dia mula memikirkan masa depan yang lebih baik sebagai seorang isteri dan ibu.  Faktor biologi menyumbang perubahan pandangannya,  tekanan dan bebanan kerja duniawi yang tidak berkesudahan. 

Ketika itu lah dia memohon di hujung doanya untuk memberikan jodoh dan peneman hidup yang soleh.  Hari hari, berbulan bulan dia berdoa.  Sedar akan keangkuhan,  sedar akan sikap pentingkan diri sendiri,  kenapa dulu aku fikir berkahwin itu menyusahkan? Dan kenapa hanya setelah faktor biologi dan kudrat menghimpit aku mula memikirkan soal kahwin dengan harapan untuk meringankan beban kudrat wanitaku? Persoalan pada dirinya tanpa mengharapkan jawapan.

Kini,  dia sudah berjodoh,  namun ujian baru bermula,  akan lebih banyak rintangan bakal dilaluinya.  Namun dia yakin,  janji Allah lah,  yang menjadi keyakinannya kini,  bukan kata kata manusia.


Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni