MAMPU kah Kita?



Salam..

Ntah kenapa terpikir saya akan individu yang suka mencabar diri sendiri untuk apa agak-

agaknya,dialognya agak sama kebanyakkannya.."untuk kepuasan diri"..ini boleh dilihat dengan

pelajar-pelajar yang mengambil sebanyak mungkin subjek dalam SPM, jawapan Adik Nik Nur Madihah

lebih kurang sama dengan jawapan adik Azali (Pelajar Terbaik SPM 2007), bukan untuk sekadar

memecahkan rekod, dan ianya mengikuti perasaan mereka sendiri atas keyakinan mereka untuk

membuat sesuatu yang lebih, tiada paksaan dan membuat sesuatu kerana terpaksa hanya menyeksa

diri.Dan ianya sepatutnya menjadi pengajaran juga kepada pelajar-pelajar lain yang sekadar

mengambil 10, 9 atau 8 subjek untuk berusaha membuat yang terbaik dengan kemampuan mereka yang

sekadar mengambil subjek sebanyak itu.

Kisah Adik Azali Azlan - http://warkah.com/azali-azlan-pelajar-terbaik-spm-2007/

Begitulah kisahnya individu yang percaya tentang kemampuan diri dan Allah, dan individu yang

berpegang kepada pendirian sabar dalam menghadapi segala dugaan. Pada mereka yang mengambil

subjek sebanyak 10 subjek tidak perlulah merungutkan jumlah subjek yang lebih banyak dari

rakan-rakan yang sekadar mengambil 8 atau 9 subjek, cubalah melihat mereka yang mampu mencuba

dan berusaha untuk mengambil belasan subjek, dan mengambil iktibarlah sepanjang mana ayat

rungutan kita tidak akan menyelesaikan apa-apa, melayan perkara remeh temeh hanya akan

menjebakkan diri kita kearah kemunduran dan untuk maju bukan sekadar bergantung kepada betapa

canggih handphone yang kita pakai, betapa berjenama dan canggih komputer yang kita guna, jika

kita masih merungut tentang perkara temeh, ianya sama kita kembali ke zaman kuno tanpa dunia

teknologi.

tazkirah ini didedikasikan bukan kepada adik-adik pelajar malah sahabat yang kini mencari

rezeki dengan bekerja, rungutan tentang workload terlalu banyak yang kita dengar, sehinggakan

ianya menjadi penyumbang kepada mutu kerja yang tidak mencerminkan kita ialah golongan pekerja

di zaman siber. Fikirkanlah andainya kita percaya kemampuan diri hanya mampu membuat 1 tugasan

sahaja, katakanlah kepada pengurusan yang kemampuan kita hanya 1 tugasan sahaja, jangan memaksa

diri untuk melakukan lebih jika ianya hanya diisi dengan rungutan. Dan jika kita mampu untuk

mengubah diri dengan mencabar diri untuk membuat kerja yang lebih, berdoalah kepada Allah

supaya diberi kesabaran seperti para sabahat untuk menempuh kesusahan, dan sesungguhnya Allah a

memudahkan kerja kita jika kita memudahkan kerja orang lain. Allahu'Alam

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni