Jalan Cabaran
Salam, Andaikan kita diberi 2 jalan, satu jalan kita tahu ianya mudah sampai, mungkin lebih dekat, tiada banyak rintangan, dan satu lagi jalan yang kita tahu, jauh, susah untuk ditrentangi, terlalu banyak dugaan dan cabaran untuk ditempuh. Ada antara kita ditakdirkan untuk TIADA pilihan, TERPAKSA memilih janlan kedua yang penuh cabaran dan rintangan, kerana jalan yang mudah, ditutup, hanya untuk kroni atau untuk orang2 tertentu. Ada antara kita, disuruh untuk memilih yang jalan mudah, kerana itu tradisi, mesti ambil yang jalan mudah. Namun ada org yang tiada disuruh untuk memilih jalan yang mudah, juga dalam masa yang sama tidak terpaksa melalui jalan penuh cabaran, tetapi org ini tetap mahu memilih jalan yang penuh cabaran, dan setelah pilihan dibuat, maka bermulalah tanggungjawab org itu menanggung cabaran2 yang bakal dihadapi. Dalam meniti jalan penuh cabaran, percayalah kita sebagai manusia tidak dapat lari dari hakikat rasa diri "Aku mampu menghadapinya"...tanpa dapa...