Jalan Cabaran

Salam,

Andaikan kita diberi 2 jalan, satu jalan kita tahu ianya mudah sampai, mungkin lebih dekat, tiada banyak rintangan, dan satu lagi jalan yang kita tahu, jauh, susah untuk ditrentangi, terlalu banyak dugaan dan cabaran untuk ditempuh. Ada antara kita ditakdirkan untuk TIADA pilihan, TERPAKSA memilih janlan kedua yang penuh cabaran dan rintangan, kerana jalan yang mudah, ditutup, hanya untuk kroni atau untuk orang2 tertentu. Ada antara kita, disuruh untuk memilih yang jalan mudah, kerana itu tradisi, mesti ambil yang jalan mudah. Namun ada org yang tiada disuruh untuk memilih jalan yang mudah, juga dalam masa yang sama tidak terpaksa melalui jalan penuh cabaran, tetapi org ini tetap mahu memilih jalan yang penuh cabaran, dan setelah pilihan dibuat, maka bermulalah tanggungjawab org itu menanggung cabaran2 yang bakal dihadapi.

Dalam meniti jalan penuh cabaran, percayalah kita sebagai manusia tidak dapat lari dari hakikat rasa diri "Aku mampu menghadapinya"...tanpa dapat menafikan adanya perasaan bahawa kita terlalu kuat untuk menghadi jalan yang mudah, dengan bahasa mudah...terasa diri x challenging pada melalui jalan yang mudah.
Maka adakah ianya boleh dikira meghampiri sifat belagak?..ego?..sombong?..

Ada perkara perlu kita ambil kira untuk push ourself toward the challenging thing,1- Pastikan jalan itu akan dilalui sehingga sampai, 2- Jgn melibatkan orang lain jika ada masalah atau jika terpaksa minta tolong jangan harap lebih2, kerana pihan itu adalah atas pilihan diri anda sendiri

Moral: Ukur kemampuan pada diri sendiri

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni