Sejarah




Bersih 3.0 berjalan semalam, maka gegak gempita la negaraku akan peristiwa tersebut, sblm ni perkara yang sama berlaku bersih 1.0, bersih 2.0. Ku titipkan apa yang ku fahami dan sedari akan peristiwa ini, bukan apa, sebagai menjadi salah satu memori rakyat marhean, sesungguhnya ia tidak akan ditulis dalam buku teks sejarah SPM mahupun STPM, tetapi ianya peristiwa yang boleh dikenang untuk dijadikan iktibar baik buruk untuk rakyat menilai, dan itu salah satu lambang kematangan sebuah negara.

Pertembungan dan kontradiksi tidak dapat dielak, kita memerlukannya untuk kita menemui perkara yang baru, kita perlukan perubahan, jika tidak berubah maka kita tidak tahu potensi kita. Ya, perubahan yang kita pilih mungkin menjadi kesalahan, tapi kita tidak akan belajar jika kita tidak melakukan kesilapan dan tidak merasai kesusahan. Menilai sejarah, pertembungan sudah berlaku dari dulu lagi, sejarah membuktikan rakyat membuat perhitungan dengan penjajah british era sebelum merdeka untuk menuntut keadilan, kemerdekaan untuk kesamaan, kenapa kita menentang british ketika itu? sedangkan sepanjang era tersebut, rakyat masih juga mendapat kemudahan2 lain, kemudahan pendidikan, kemudahan kesihatan dan lain2 disediakan oleh kerajaan british ketika itu, tetapi kenapa pertembungan masih berlaku ketika itu? kerajaan british bukan tidak menjalankan tanggungjawab langsung..mereka masih menyediakan kemudahan seperti biasa...Sebab ape kita mementang ketika itu?..

dalam banyak jawapan, saya percaya akan satu bende yang kita perlukan sebagai rakyat marhean atas pemerintah tidak kira atas nama parti pun...iaitu kesamaan...Equality.  Hasil mahsul negara yang kita cintai ini perlu dikongsikan bersama oleh kita rakyat Malaysia, bukan di makan oleh golongan2 tertentu atas nama KELAS.. apa2 pun kita perlu berani melalui perubahan, tetapi sebelum itu perlu susah untuk menuntut perubahan, perubahan keatas golongan HIGH CLASS yang sudah lama berada dikerusi empuk, dan perubahan atas golongan LOW CLASS yang selesa berdiam diri melihat kepincangan sistem demokratik negara kita yang tercinta....pikir2kan lah...

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni