Posts

Showing posts from June, 2012

Dingin

"Ah..awak ni sungguh membosankan lah".."ye, saya ini memang membosankan, dingin dan boring"..jawab saya pada teman itu. "Jangan kwn dengan saya, pergilah cari teman lain yang faham erti consideration and understanding"...."Tiba masa awak akan faham..bosan dan dingin saya ini ada maksudnya"...Jawab saya lagi dan dia diam.. Ya, saya yang memilih untuk menjadi dingin dan bosan maka saya dilihat sebagai orang minoriti. saya bukan favourite kerana itu adalah pilihan saya..menjadi minoriti itu juga pilihan saya, minoriti bila kita merasa sendiri...namun saya tahu Tuhan selalu ada, walau mungkin dilihat tidak punya apa-apa namun hati tidak penuh dengan amarah dan rasa sakit, kerana saya bebas untuk menjadi sesiapa sahaja dalam spektrum yang saya tentukan sendiri, boleh saja lepas dari trend masa kini. Menjadi minoriti itu bukan kesialan, ianya akan membuat kita kuat di terpa badai kehidupan dan membakar batas-batas seksaan nurani. Memilih untuk tida...

Berlapang dada...

Image
"Aini..kenapa masih macam ni?", itu antara persoalan dari teman2 lama yang sy jumpe, saya akui teman2 sy kini menjadi orang yang hebat, bukan sedikit yang kini sudah menjadi business woman, malah travel ke overseas perkara biasa kebanyakkan mereka, dan saya hanya menumpang order fridge magnet sekali sekala, tak boleh la selalu, kerana masih ada malu... Namun saya tidak lah berasa apa-apa, marah tidak, menyesal tidak, tentang pandangan mereka pada saya, setiap orang itu ada bahagian hidupnye masing2, dan selagi kita bersabar dan berlapang dada dengan bahagian kita, hikmahnya tentu ada. Saya tiada jawapan yang tepat tika soalan itu diterpa pada saya, tak yakin dengan jawapan yang bakal diucap, bimbang rasa diri merungut atau mengeluh..jadi sy biarkan soalan itu, kerana saya percaya tentang rahsia Allah, dan takdir untuk saya yang sudah tertulis di Loh Mahfuz... Allah menciptakan loh mahfuz Dan menetapkan takdir manusia sama Sekali bukan untuk kepentingan diri-Nya. Akan...

KISAH KEINSAFAN: Jutawan, Pengasas Bank Al-Rajhi Yang Memilih Untuk ‘Miskin’

Image
Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi. Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut. Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia. Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini. Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimi...

Ikhlas..

Meyakinkan manusia tentang keikhlasan diri adalah perkara yg paling sukar , kekadang berasa putus asa untuk membuat kebaikkan dan keikhlasan kerana diri ini dinilai sebaliknya..tapi jika dilupakan sementara harapan untuk melihat orang lain menilai kita dgn cara yang kita mahukan..maka kebaikkan dan keikhlasan diteruskan juga..bak kata Saiyidina Ali " Tanda ikhlas itu, ialah apabila pujian tidak menyebabkan kau menambah amal dan kejian menusia tidak menyebabkan engkau mengurangkannya. Dihadapan dan dibelakang manusia ibadahmu tetap sama' AllahuA'lam..

Rindu...

Image
Demi Allah saya sangat merindui anak2 buah especially yang belum setahun tuh..maaf ye Hanan, Eisya and Aiyad, mak teh keje lagi minggu ni..sabtu and ahad lagi..AllahuAkbar!..kalo free memang rempit jenguk , cium, peluk dorang..rindu bau baby..AllahuAkbar!! Ujian Allah itu datang dalam macam2 bentuk..disibukkan diri kita dengan kerja dunia, tapi itulah jambatan atau alat untuk kita sibuk mencari akhirat InsyaAllah..Kalau kita senggang, tidak bekerja atau releks2 sahaja tiada jaminan kita akan ingat dan  merindui Allah.. “Ya Allah, aku layak diuji. Aku hanya hambaMu. Di sebalik ujian ini aku yakin ada kebaikannya. Cuma kerana kelemahan dan kejahilanku… aku belum nampak wahai Tuhan. Namun aku tetap yakin di sebalik semua ini tetap ada kasih sayangMu.” Wajah Tenang Itu