Dingin

"Ah..awak ni sungguh membosankan lah".."ye, saya ini memang membosankan, dingin dan boring"..jawab saya pada teman itu.

"Jangan kwn dengan saya, pergilah cari teman lain yang faham erti consideration and understanding"...."Tiba masa awak akan faham..bosan dan dingin saya ini ada maksudnya"...Jawab saya lagi dan dia diam..

Ya, saya yang memilih untuk menjadi dingin dan bosan maka saya dilihat sebagai orang minoriti. saya bukan favourite kerana itu adalah pilihan saya..menjadi minoriti itu juga pilihan saya, minoriti bila kita merasa sendiri...namun saya tahu Tuhan selalu ada, walau mungkin dilihat tidak punya apa-apa namun hati tidak penuh dengan amarah dan rasa sakit, kerana saya bebas untuk menjadi sesiapa sahaja dalam spektrum yang saya tentukan sendiri, boleh saja lepas dari trend masa kini. Menjadi minoriti itu bukan kesialan, ianya akan membuat kita kuat di terpa badai kehidupan dan membakar batas-batas seksaan nurani. Memilih untuk tidak peduli bukan tidak bermaksud tidak sempati dan empati, tapi kerana percaya setiap orang mempunyai ceritanya sendiri, bukan cerita kita sahaja beronak dan berliku, dan bukan cerita kita sahaja untuk didengar.

Ya, saya memilih sendiri untuk menjadi minoriti kerana minoriti tidak pernah mencari kekuasaan dan kelas dalam kehidupan, kerana minoriti juga tidak pernah lekang digerus perubahan zaman.

P/S: sedang berkira-kira mencari buku cahaya atas cahaya

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni