Berlapang dada...

"Aini..kenapa masih macam ni?", itu antara persoalan dari teman2 lama yang sy jumpe, saya akui teman2 sy kini menjadi orang yang hebat, bukan sedikit yang kini sudah menjadi business woman, malah travel ke overseas perkara biasa kebanyakkan mereka, dan saya hanya menumpang order fridge magnet sekali sekala, tak boleh la selalu, kerana masih ada malu...

Namun saya tidak lah berasa apa-apa, marah tidak, menyesal tidak, tentang pandangan mereka pada saya, setiap orang itu ada bahagian hidupnye masing2, dan selagi kita bersabar dan berlapang dada dengan bahagian kita, hikmahnya tentu ada. Saya tiada jawapan yang tepat tika soalan itu diterpa pada saya, tak yakin dengan jawapan yang bakal diucap, bimbang rasa diri merungut atau mengeluh..jadi sy biarkan soalan itu, kerana saya percaya tentang rahsia Allah, dan takdir untuk saya yang sudah tertulis di Loh Mahfuz...

Allah menciptakan loh mahfuz
Dan menetapkan takdir manusia sama
Sekali bukan untuk kepentingan diri-Nya.
Akan tetapi, supaya hati menjadi yakin,
Jiwa menjadi tenang, dan percaya bahawa segala
yang dialami sudah digariskan sebelumnya.





Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni