Apa lagi la...


Apalagi yang dimahukan oleh ku..
Sedang apa yang ditanganku masih culas tuk dipikul..
Aku masih culas sebagai anak..
Masih culas sebagai pekerja..
masih culas sebagai hamba..

Ya Allah..Ya Tuhanku,
Aku telah lalai dan lupa,
Namun aku tetap tamakkan keampunanmu,
Masih lagi aku mohon untuk sesuatu yang lain.....
sedang apa yang aku pikul kini pon masih culas..

Wahai tuhanku,
Aku masih lagi mohon sifat pemurahMu, mohon kebebasan dari NerakaMu,
Juga aku masih tamakkan syurgaMu yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia


Aku mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati aku yang paling dalam...


25 Mei 2013
Subang Bestari

Comments

Popular posts from this blog

[Khas Wanita] Gangguan Seksual Dan Apa Boleh Dilakukan Jika Menjadi Mangsa?

Apa itu subsidi?

Bagaimana cara untuk memandu Kereta Transmisi Manual. How to Drive a Manual Transmission Car