Minyak..Oh..Minyak


HARGA MINYAK RON95 N DIESEL NAIK BERMULA MALAM TADI..
KATA PM

Menurutnya, ini salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan,

APA DIA LA LANGKAH RASIONALISASI INI KATE MAKCIK N PAKCIK DIKAMPUNG..DEPA TAHU MINYAK NAIK AKAN SEBAB HARGA BARANG NAIK..

KATA PM LAGI..

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

BERI LAGI SUBSIDI, BUKAN TAK BERI LANGSUNG..MACAM SEORANG AYAH YANG POTONG BELANJA SEKOLAH ANAK2..POTONG JE..MASIH BERI LAGI..ADE BAPAK YANG TAK BERI LANGSUNG..BERSYUKURLAH ADA 'BAPA' YANG MASIH BOLEH BERI..


KATA PM LAGI

Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.

OO...TAPI APA MOTIF NAK NAIK HARGA MINYAK?...UNTUK BAGI BR1M LAGI BANYAK?..BUKAN SEMUA RAKYAT DAPAT BR1M TUH PAKAI MINYAK...BUKAN SEMUA RAKYAT YANG PAKAI MINYAK DAPAT BR1M..INI 'BAPA' YANG TAK ADIL..

JUJURLAH PADA RAKYAT...KAMI FAHAM JIKA APA YANG DILAKUKAN INI ATAS FAKTOR HUTANG NEGARA YANG BANYAK..

INGAT 8 KE 9 TAHUN DAHULU, MASA ABDULLAH BADAWI NAIKKAN MINYAK 40 SEN...YA SEMUA ORANG MENGAMUK...TAPI DIA JUJUR UNTUK MENGAKU APE YANG DIA BUAT UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH HUTANG NEGARA, DIA JUGA MEMBATALKAN PROJEK JAMBATAN BENGKOK KE SINGAPURA...DIA PERKENALKAN RAKYAT DENGAN SEKTOR PERTANIAN DENGAN MAHA (Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism)..MELALUI SEKTOR PERTANIAN DIA MENDIDIK RAKYAT TENTANG MEMBERI...RAKYAT BELAJAR TANAM SENDIRI SAYUR..INSTEAD OF BAYAR ATAU BELANJA UNTUK BELI SAYUR..SAMPAI CILI API SEBIJI PON NAK KENE BAYAR..

TAPI SEKARANG RAKYAT DIAJAR OLEH PEMIMPIN UNTUK TERIMA JE...BAGI BR1M TERIMA, TAK PERLU NAK USAHA, BUAT APE NAK USAHA..KERAJAAN DAH BUAT SEMUA...

TAPI TAK SEMUA YANG KERAJAAN BUAT TUH BETUL...ADE BENDE KITA KENE CAKNA..RAKYAT PERLU TAHU APE PERBELANJAAN YANG NEGARA DAH BUAT..KALO BLEH DAN PERLU JIMAT..KAMI SEBAGAI RAKYAT AKAN BERJIMAT..TAKKAN NAK BIAR NEGARA SENDIRI BANKRAP...

TAPI KALAU RAKYAT TAK TAHU APE YANG JADI...KAMI TAK TAHU MACAM MANA NAK TOLONG KERAJAAN

KALAU BETUL MEMANG MASALAH HUTANG NEGARA MENGHIMPIT...KAMI CADANG ADE PROJEK YANG BOLEH DITANGGUHKAN DULU..MRT PROJEK KE KAN?...XPELAH KAMI X MARAH PON KALO TAKDE PEMBANGUNAN CANGGIH MANGGIH LAGI KAT NEGARA NI...KLCC, MENARA KL, LITAR SEPANG TUH PON DAH CUKUP MEMBANGGAKAN KAMI..


YANG PENTING KITA SETEL HUTANG DULU..

Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.”

Riwayat al-Baihaqi


WAALLAHUA'LAM

Comments

Popular posts from this blog

[Khas Wanita] Gangguan Seksual Dan Apa Boleh Dilakukan Jika Menjadi Mangsa?

Apa itu subsidi?

5 Jenis Nafkah