Dakapan Ukhwah..







Kerana beza antara kau dan aku sering jadi sengketa
Kerana kehormatan diri sering kita tinggikan di atas kebenaran
Kerana satu kesalahanmu padaku seolah menghapus
sejuta kebaikan yang lalu
wasiat Sang Nabi itu rasanya berat sekali:
"Jangan kalian saling mendengki.."
"Jangan saling membelakangi kerana permusuhan dalam hati"
"Tetapi jadilah hamba Allah yang bersaudara.."-AlBukhari-
Bukankah segala yang mendatangkan pahala tidak pernah mudah?

mungkin lebih baik kita berpisah sementara,
 sejenak saja menjadi kepompong dan menyendiri

berdiri malam-malam, 
bersujud dalam-dalam
bertafakkur bersama iman yang menerangi hati
hingga tiba waktunya menjadi kupu-kupu yang terbang
menari melantun kebaikan di antara bunga, 

menebar keindahan pada dunia
lalu dengan rindu kita kembali ke dalam dakapan ukhuwah

mengambil cinta dari langit dan menebarkannya di bumi
dengan persaudaraan suci; sebening prasangka,
selembut nurani,sehangat semangat,
senikmat berbagi, dan sekukuh janji

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni