Rohingya




1,000 umat Islam bantah kekejaman etnik Rohingya
AHMAD SHAZWAN MD. YUSOF, AZRUL HAKIMIE ANUER DAN MOHD. NASARUDDIN MUSA  |  25 November 2016 2:56 PM
  0  0 Google +0

Lebih 1,000 umat Islam terdiri daripada ahli parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul dihadapan kedutaan Myanmar hari ini bagi menyatakan bantahan kekejaman terhadap etnik Rohingya. Perarakan bermula sejurus selepas solat Jumaat di Menara Tabung Haji dan berjalan kira-kira 2.6 kilometer menuju ke kedutaan Myanmar di Jalan Ampang - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Lebih 1,000 umat Islam yang terdiri daripada ahli parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul dihadapan kedutaan Myanmar hari ini bagi menyatakan bantahan kekejaman terhadap etnik Rohingya.


Perarakan yang menghimpunkan 42 NGO itu bermula sejurus selepas solat Jumaat dari Masjid Menara Tabung Haji dan berarak sejauh kira-kira 2.6 kilometer menuju ke kedutaan Myanmar di Jalan Ampang di sini.
Hujan tidak membataskan perarakan tersebut sebaliknya membaitkan semangat peserta yang turut disertai lebih 500 etnik Rohingya yang tinggal di negara ini.
Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal Md. Yunos berkata, pihaknya mendesak kerajaan mengambil langkah tegas terhadap isu penindasan terhadap etnik Rohingya di Myanmar.
"Jangan kita biarkan manusia yang tidak bertamadun di Myanmar itu membunuh saudara sesama Islam.
"Saya mengharapakan kerajaan memutuskan hubungan diplomatik dengan Myanmar dan mengambil tindakan tegas termasuk menghalau rakyat negara berkenaan yang berada di sini serta menikmati kemewahan yang ada. Tindakan itu secara tidak langsung membawa suara kita kepada kerajaan mereka agar menghentikan pembunuhan beramai-ramai," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada wakil negara itu di Kedutaan Myanmar.
Antara NGO dan pertubuhan politik lain yang turut menyerahkan memorandum termasuk Pergerakan Pemuda UMNO, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa),  Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) dan Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas).

Sementara itu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun melahirkan rasa kecewa terhadap layanan yang diberikan Kedutaan Myanmar ketika penyerahan memorandun dilakukan oleh pergerakan itu.
"Saya begitu kecewa dan sedih kerana kita menghormati kedaulatan sesebuah negara bahkan kedaulatan dalam negara pun kita hormati. Itulah sebabnya kita anjurkan perhimpunan aman seperti ini tetapi malangnya, reaksi yang diberikan Kedutaan Myanmar adalah hanya menghantar pengawal keselamatan untuk menerima memorandum ini.
"Ini terbukti bahawa Myanmar tidak langsung menghormati negara asing terutama Malaysia yang cuba membantu. Ini menjadi testimoni bahawa mereka tidak menghormati etnik Rohingya," tegasnya. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/video-1-000-umat-islam-bantah-kekejaman-etnik-rohingya-1.412178/air-mata-kesengsaraan-rohingya-1.412188#sthash.1fPnzkE5.dpuf


Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Apa itu subsidi?

Kullu Man Fil Kauni