Posts

Showing posts from May, 2012

Ceramah UAI

Image
Ku batalkan niat untuk hadiri ceramah UAI di masjid Assalam Puchong, demi tanggungjawab ku pada kerjaku...YaAllah ampuni aku kerana terulit sesuatu yang bukan Engkau.. Tapi gambaran ini...menambah semangat tuk aku pastikan yang aku akan pergi juga kalau ada kesempatan. AllahuAkbar!

Ilmu..

Adakah zakat diwajibkan ke atas orang yang masih mempunyai hutang?    sumber: http://www.darulfuqaha.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=135:adakah-zakat-diwajibkan-ke-atas-orang-yang-masih-mempunyai-hutang-&catid=47:fiqh-dan-hukum&Itemid=165

Penggunaan kaedah fiqh dalam produk kad kredit AmBank al-Taslif Visa

sumber: http://ustazsaifudin.wakaf.org/v1/2008/10/09/kaedah-fiqh-dalam-kad-kredit/ Pendahuluan Penggunaan kad kredit pada masa ini dilihat semakin penting dalam urus niaga. Penggunaannya semakin meningkat di kalangan orang ramai untuk memudahkan mereka melakukan urusniaga di dalam dan di luar negara tanpa perlu membawa sejumlah wang tunai yang banyak. Untuk menggunakan perkhidmatan kad kredit ini beberapa syarat perlu dipatuhi oleh pemohon supaya mereka layak menggunakan kad kredit. Penulisan ini akan membincangkan tentang keharusan pihak bank meletakkan syarat cagaran untuk menggunakan kad kredit yang ditawarkan pihak bank melalui cagaran ke atas akaun simpanan tetap atau akaun simpanan semasa dan fokus penulisan ini adalah melihat keharusan yang diberikan melalui kaedah-kaedah fiqh dalam perkhidmatan Kad kredit AMbank Al-Taslif Visa. Secara umumnya, kad kredit yang dibenarkan dalam islam menggunakan beberapa prinsip di dalam pelaksanaannya. Antara prinsip tersebut ialah prinsip ...

Perbandingan..

Diluar pintu rumah seorang sahabat terletak senaskah surat khabar HARAKAH..teman itu buat x endah je..sambil membawa masuk paper tersebut dan menyatakan untuk buat lapik siang ikan.. maka sy berty kpd teman tersebut..x mahu baca dlu ke?.."x payah" katenye...saya kate "baca je la"...mana tahu ada info penting.."arghh..karut sume tuh" balasnya.. saya tidak sruh percaya..tapi membaca saja info sekadar untuk mencabar minda pun apa salahnya..tapi sikap menolak mentah2 info itu sy kurang bleh terima... Perbandingan itu proses dalam mencabar minda.... saya percaya itu, dengan perbandingan kita tidak menjadi statik, bagaimana 2 nilai diambil dari satu jenis dan kita bandingkan untuk mendapatkan satu perkara yang terbaik...kita ambil contoh membeli barang, kita perlu membandingkan harga bagi barang yang sama untuk kita membuat pilihan yang terbaik barang yang mana kita patut belanjakan untuk dibeli..ada yang memilih barang untuk dipilih atas dasar harga yang...

An Unplanned travel experience 2

Image
Nota kembara tioman diteruskan, pengalaman hidup ini adalah proses ilmu, proses meng'upgrade' kan diri menjadi lebih matang... Genting Village, tempat resort kami, bukan sahaja ada resort tapi rumah penduduk kampung, orang kampung kebanyakannya bekerja secara direct dengan industri pelancongan yang wujud disini. Bertuah penduduk genting village di tioman kerana hidup dekat dengan alam, kalau kita merungut dengan jammed di jalan raya dek kerana kereta dan kenderaan lain mahupun traffic light..penduduk yang tinggal di pulau seperti pulau tioman ini berdepan dengan "jammed" dek alam, jika ribut dan petir hujan di tengah laut...bagaimana tabah mereka menghadapinya..?..bersyukur la dimana saja kehidupan kita ditakdirkan وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَٮِٕن شَڪَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ‌ۖ وَلَٮِٕن ڪَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ۬ Terjemahan: "Demi, sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmat- Ku kepada kamu dan sekiranya kamu kufur...

An unplanned travel experience

Image
Kembara Tioman - Terima Kasih Allah kerana memberi hambaMu ini ruang dan peluang untuk memahami kehidupan yang tidak pernah aku lalui..perjalanan ini mengajar kita mengenal Pencipta melalui alam semesta. Ini TBS ye., Terminal Bersepadu Selatan, berangkat ke mersing..dah setahun lebih kot TBS ni siap, sebagai rakyat malaysia kene la merasa jugak nak masuk TBS...xde le "dikononkan" dek orang2 nigeria, ke myanmar ke yg dah biasa keluar masuk sini ketibaan pada hari pertama di Genting village mengambil mase 1 jam setengah..first time naik ferry, mak aiih..darat dohhh!! dah umo 30 thn br merasa... pemandangan setelah turun dari ferry (eja btul ke salah ferry ni lantak le..) segak siot tioman ni... Petang hari pertama di tioman, matahari dah nak terbenam...maknanya nak maghrib le..tapi anak2 dara ni duk "menyedan" (ayat mak aku..membawa maksud melepak) layan blues.. Nota kaki: pernah terbaca @ diberitahu oleh someone, waktu maghrib j...