An unplanned travel experience

Kembara Tioman - Terima Kasih Allah kerana memberi hambaMu ini ruang dan peluang untuk memahami kehidupan yang tidak pernah aku lalui..perjalanan ini mengajar kita mengenal Pencipta melalui alam semesta.


Ini TBS ye., Terminal Bersepadu Selatan, berangkat ke mersing..dah setahun lebih kot TBS ni siap, sebagai rakyat malaysia kene la merasa jugak nak masuk TBS...xde le "dikononkan" dek orang2 nigeria, ke myanmar ke yg dah biasa keluar masuk sini


ketibaan pada hari pertama di Genting village mengambil mase 1 jam setengah..first time naik ferry, mak aiih..darat dohhh!! dah umo 30 thn br merasa...


pemandangan setelah turun dari ferry (eja btul ke salah ferry ni lantak le..) segak siot tioman ni...


Petang hari pertama di tioman, matahari dah nak terbenam...maknanya nak maghrib le..tapi anak2 dara ni duk "menyedan" (ayat mak aku..membawa maksud melepak) layan blues..

Nota kaki: pernah terbaca @ diberitahu oleh someone, waktu maghrib jgn tenung laut, laut tempat jin and syaitan..nanti ditarik dek jin laut..ntah la labuuu..WaAllahua'lam


Tengahari  hari kedua, di Pusat Taman laut di tioman, third trip untuk snorkeling, tengahari rembang duk snorkeling mmg cun la nak jadi 'budak hitam'

***Nota Kaki: Ketika blog ini diupdate, sy sdg mendengar lagu2 siti..percaya atau tidak, saya sudah mula bosan dengan lagu siti, apakah maksudnya itu..adakah saya sudah hilang ketegaran minat terhadap lagu beliau??..atau sebenarnya saya sudah cukup bosan melayan lagu2 melankolik yang tidak mencabar minda ini..chewwaahhh...

dan akhirnya lagu Law kana bainana jugak yang sy main2 kan berulang kali...menjadi halwa telinga yang paling sesuai pada waktu ini...lagu siti akan saya layan bila tiba waktu yang sesuai..x tahu le bila...

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni