Penggunaan kaedah fiqh dalam produk kad kredit AmBank al-Taslif Visa

sumber: http://ustazsaifudin.wakaf.org/v1/2008/10/09/kaedah-fiqh-dalam-kad-kredit/

Pendahuluan
Penggunaan kad kredit pada masa ini dilihat semakin penting dalam urus niaga. Penggunaannya semakin meningkat di kalangan orang ramai untuk memudahkan mereka melakukan urusniaga di dalam dan di luar negara tanpa perlu membawa sejumlah wang tunai yang banyak. Untuk menggunakan perkhidmatan kad kredit ini beberapa syarat perlu dipatuhi oleh pemohon supaya mereka layak menggunakan kad kredit. Penulisan ini akan membincangkan tentang keharusan pihak bank meletakkan syarat cagaran untuk menggunakan kad kredit yang ditawarkan pihak bank melalui cagaran ke atas akaun simpanan tetap atau akaun simpanan semasa dan fokus penulisan ini adalah melihat keharusan yang diberikan melalui kaedah-kaedah fiqh dalam perkhidmatan Kad kredit AMbank Al-Taslif Visa.
Secara umumnya, kad kredit yang dibenarkan dalam islam menggunakan beberapa prinsip di dalam pelaksanaannya. Antara prinsip tersebut ialah prinsip al-Bay’ Bithaman Ajil (BBA) dan al-Bay’ al-Inah. Kad kredit AMbank Al-Taslif Visa menggunakan prinsip al-Bay’ Bithaman Ajil dalam perjalanan transaksinya.
Prinsip al-Bay’ Bithaman Ajil (BBA)
Pelbagai pengertian telah diberikan oleh para sarjana bagi mendefinisikan al-Bay’ Bithaman Ajil. Ada yang mendifinisikan sebagai jualan dengan harga tertangguh atau jualan dengan bayaran ansuran iaitu menjual sesuatu dengan disegerakan penyerahan barang yang dijual kepada pembeli dan ditangguhkan bayaran harganya sehingga ke satu masa yang ditetapkan atau dengan bayaran beransur-ansur (al-taqsit) . Dr. Sobri Salamon mengatakan ianya sebagai perjanjian jual beli barangan tertentu antara pemilik barangan tersebut kepada pembeli dengan serta merta dan pembeli menangguhkan bayaran harga barangan tersebut sehingga tempoh tertentu atau membuat bayaran secara ansuran .
Pensyariatan al-Bay’ Bithaman Ajil
Pensyariatan al-Bay’ bithaman Ajil adalah melalui beberapa hadis. Antaranya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah:
???? ???? ??????.??? ???
Maksudnya:
Tiga golong an yang yang mendapat berkat iaitu jualan secara bertangguh…
Nabi juga bersabda:
?? ???? ?? ??? ??? ??? ????? ???? ????? ??? ??? ?????
Maksudnya:
“……sesiapa yang berhutang pada sesuatu, maka hendaklah mengikut sukatan yang tertentu dan timbangan yang tertentu kepada tempoh yang tertentu”
Pernah salah seorang sahabat membuat pembelian buah-buahan secara bertangguh dan nabi tidak membantahnya malahan baginda menyuruh orang ramai supaya bersedekah kepadanya bagi membantu melangsaikan hutang tersebut .
Pelaksanaan di Malaysia
Dalam amalan bank-bank islam di Malaysia, prinsip ini digunapakai antaranya untuk pembiayaan pemilikan harta kepada pelanggan. Dalam urusniaga ini, bank-bank islam akan menjadi pembiaya. Bank akan membeli sesuatu barangan yang tertentu yang dikehendaki oleh pelanggan dan menjual semula yang dibelinya itu kepada pelanggan berkenaan dengan harga pokok dan kadar keuntungan yang dipersetujui bersama. Pelanggan berkenaan akan membayarnya secara beransur-ansur dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Dengan definisi yang telah diberikan diatas jelaslah bahawa prinsip bay’ Bithaman Ajil merupakan satu bentuk pembiayaan harta secara islam yang mana barangan yang dijual diserahkan kepada pembeli pada masa akad dibuat dan pembayaran harga beserta kadar keuntungan dibayar beransur-ansur oleh pelanggan dalam jangka masa tertentu yang telah dipersetujui bersama oleh kedua-dua belah pihak . Dengan itu, BBA ini menjadi antara instrumen terpenting dalam pembiayaan secara islam. Ia memudahkan orang ramai yang tidak mampu membeli barangan secara tunai mendapat barangan tersebut tanpa perlu terlibat dengan sistem pembiayaan konvensional yang mengamalkan riba.
Prinsip BBA yang digunapakai pada zaman sekarang tidak berlaku atau tidak diamalkan pada zaman rasulullah. Namun, keharusan penggunakan prinsip ini dalam sistem perbankan sekarang adalah berdasarkan kepada keumuman ayat-ayat al-Quran yang mengharuskan akad jual beli dan menggesa supaya urusniaga hutang ditulis. Selain itu terdapat hadis rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud:
“Sesungguhnya Nabi s.a.w telah membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan menangguhkan bayaran kepada tempoh yang ditentukan dan mencagarkan baju besinya sebagai jaminan.”
Hadis ini menunjukkan bahawa rasulullah sndiri pernah menjalankan urusniaga jua lbeli dan menangguhkan pembayarannya sehingga tempoh tertentu. Selain itu, ulama’ telah berijma’ mengaharuskan jual beli barangan dengan bayaran tangguh. Al-Imam al-Shafi’i misalnya berpendapat bahawa tidak mengapa seorang lelaki menjual barangan dengan bayaran tangguh dan membelinya semula dari pembeli itu dengan bayaran tunai yang lebih rendah. Apa yang penting, dengan penggunaan prinsip BBA dalam proses pembiayaan ini tidak terdapatnya unsur-unsur terlarang di sisi islam seperti riba, gharar, dan maisir.
Terdapat tiga rukun dalam prinsip BBA ini iaitu:
1) Dua pihak yang berakad (penjual dan pembeli)
2) Harta (aset) atau barang yang diakadkan dan harga pembiayaan
3) Sighah akad (Ijab dab qabul)
Kad Kredit Islam: AMBank Al-Taslif Visa
Kad kredit AMBank Al-Taslif Visa adalah kad kredit yang berasaskan kepada prinsip Islam yang pertama ditawarkan kepada para pelanggan di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Kad kredit ini telah dilancarkan oleh AMBB pada 30 September 1996 . kad kredit ini menggunakan prinsip BBA (jualan dengan harga tangguh). Kad kredit ini telah dikeluarkan sebagai satu usaha untuk menggalakkan umat islam di negara ini untuk menggunakan kad kredit, memberi tahap kepuasan yang tinggi kepada pelanggan serta mempunyai rasa sensitif terhadap keperluan umat islam, dan menjadikan AMBB sebagai institusi kewangan terulung yang menawarkan kad kredit berasaskan prinsip syariah.
Ciri-ciri AMBank Al-Taslif Visa
Ciri-ciri kad kredit yang berasaskan prinsip BBA yang ditawarkan oleh AMBB:
1. Kad kredit ini dikeluarkan atas nama VISA sahaja, berasaskan prinsip BBA yang ditawarkan oleh AMBB dalam bentuk klasik sahaja.
2. Kad ini boleh dipohon oleh orang islam dan bukan islam yang memenuhi syarat permohonan.
3. Bayaran perkhidmatan sebanyak 12% akan dikenakan kepada pemegang kad sebagai kadar perolehan bank yang tetap setahun.
4. Modus operandi kad ini adalah campuran antara overdraf dank ad kredit. Penggunaan dalam bnetuk kad sebagai ganti kepada penggunaan cek.
5. Had deposit marginal (credit limit) yang diperuntukan kepada para pelanggan adalah berdasarkan kepada kedudukan kewangan atau mengikut tahap keselesaan semasa mereka.
6. Kad ini hanya boleh digunakan untuk urusniaga yang halal sahaja. Untuk tujuan ini, AMBB telah menetapkan beberapa kod perdagangan sertentu bagi tempat-tempat-tempat yang diharamkan penggunaannya.
7. Perkhidmatan pengeluaran wang tunai tidak dibenarkan di mesin-mesin ATM sebagaimana pemegang kad kredit konvensional kerana transaksi ini melibatkan bunga yang diharamkan.
8. Dua kad tambahan akan ditawarkan kepada pemegang kad berkenaan.
9. Yuran tahunan sebanyak RM80.00 akan dikenakan ke atas pemegang kad dalam akaun utama dan RM40.00 kepada pemegang kad tambahan.
Faedah Penggunaan AMBank Al-Taslif VISA
Pemegang kad kredit AMBB akan menerima faedah seperti berikut:
1. Kad ini boleh digunakan untuk urusniaga yang halal ditempat-tempat yang mempunyai tanda VISA di seluruh dunia tanpa perlu membawa wang tunai.
2. Kadar bayaran keuntungan yang tetap dikenakan kepada pemegang kad iaitu sebanyak 12% setahun berasaskan kepada akad BBA dengan bayaran hutang bulanan secara fleksibel dengan hanya dikenakan kadar

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni