Perbandingan..

Diluar pintu rumah seorang sahabat terletak senaskah surat khabar HARAKAH..teman itu buat x endah je..sambil membawa masuk paper tersebut dan menyatakan untuk buat lapik siang ikan..

maka sy berty kpd teman tersebut..x mahu baca dlu ke?.."x payah" katenye...saya kate "baca je la"...mana tahu ada info penting.."arghh..karut sume tuh" balasnya..

saya tidak sruh percaya..tapi membaca saja info sekadar untuk mencabar minda pun apa salahnya..tapi sikap menolak mentah2 info itu sy kurang bleh terima...

Perbandingan itu proses dalam mencabar minda....
saya percaya itu, dengan perbandingan kita tidak menjadi statik, bagaimana 2 nilai diambil dari satu jenis dan kita bandingkan untuk mendapatkan satu perkara yang terbaik...kita ambil contoh membeli barang, kita perlu membandingkan harga bagi barang yang sama untuk kita membuat pilihan yang terbaik barang yang mana kita patut belanjakan untuk dibeli..ada yang memilih barang untuk dipilih atas dasar harga yang terbaik, ada juga atas dasar kualiti mahupun faedah2 lain..walau apa sebab sekalipun kita akan melalui proses perbandingan juga...

P/S: terdapat 4 perkara yang kita wajar membeli dengan harga yang mahal dan perlu pilih yang terbaik iaitu Kasut, Cermin Mata, Berus gigi, dan Tilam.

Info dari media massa pada masa kini juga melalui proses perbandingan oleh pembaca dan pendengar, jika pihak sebelah sana menyogok hanya pada satu nilai melalui saluran medianya sahaja, rakyat yang bijaksana akan cuba mencari nilai satu lagi untuk dibuat perbandingan mngkin melalui saluran yang lain, internet mahupun surat khabar alternatif lain. Kita bukan mencari salah, tapi mencari info yang telus dan betul..aneh juga bagaimana perbandingan kedua-duanya atas satu nilai maklumat kadang-kadang tidak membawa satu persamaan langsung sedangkan ianya maklumat dalam satu negara yang sama...

dan bagaimana sifat manusia itu menghukum tapi tidak mahu mendengar penjelasan dari pihak yang dihukum..dengan alasan.."karut sume tuh"...jika kita tidak mendengar bagaimana mahu menganalisis baik dan buruk..bagaimana penghukuman dibuat tanpa ada proses menganalisis dan menilai..itu menghukum secara membabi buta namanya...sayang la jika kita yang berakal..sijil akademik bergulung2 masih x nampak proses ini dengan jelas lagi...

Al Quran yang diturunkan sebenarnya memudahkan manusia daripada membuang masa manusia mencari kebenaran tentang sesuatu hal. Walaubagaimanapun, falsafah tetap perlu dipelajari agar dalil secara nazarah (pemerhatian/pencerapan dan penilaian) dapat menguatkan pegangan dan teori yang ada di dalam Al Quran. Inilah keistimewaan Islam yang mengiktirafkan penggunan akal.


Nota kaki: ketika post ini diupdate, lagu law kana bainana masih menjadi halwa telinga, nampaknye lagu siti sudah tidak menjadi pilihan sang telinga..bagi mengurangkan disk space..maka saya remove semua lagu-lagu siti, kerana mungkin saya tidak akan mendengarnye lagi...maaf ye siti, jiwa melankolik sudah tidak melingkari hidup ku kini...hehehe

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni