An Unplanned travel experience 2

Nota kembara tioman diteruskan, pengalaman hidup ini adalah proses ilmu, proses meng'upgrade' kan diri menjadi lebih matang...


Genting Village, tempat resort kami, bukan sahaja ada resort tapi rumah penduduk kampung, orang kampung kebanyakannya bekerja secara direct dengan industri pelancongan yang wujud disini.


Bertuah penduduk genting village di tioman kerana hidup dekat dengan alam, kalau kita merungut dengan jammed di jalan raya dek kerana kereta dan kenderaan lain mahupun traffic light..penduduk yang tinggal di pulau seperti pulau tioman ini berdepan dengan "jammed" dek alam, jika ribut dan petir hujan di tengah laut...bagaimana tabah mereka menghadapinya..?..bersyukur la dimana saja kehidupan kita ditakdirkan


وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَٮِٕن شَڪَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ‌ۖ وَلَٮِٕن ڪَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ۬


Terjemahan: "Demi, sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmat- Ku kepada kamu dan sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azab-ku amatlah keras"
(Surah Ibrahim:7)

Sepasang warga tua di genting village, melepaskan kerinduan kepada anak-anak agaknya, ketika ini ingatan kapada orang tua kami sangat kuat dalam fikiran dan hati kami.YaAllah berikan ketenangan jiwa kami dan ibu bapa kami.

وَٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَلَا تُشۡرِكُواْ بِهِۦ شَيۡـًٔ۬ا‌ۖ وَبِٱلۡوَٲلِدَيۡنِ إِحۡسَـٰنً۬ا وَبِذِى ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡيَتَـٰمَىٰ وَٱلۡمَسَـٰكِينِ وَٱلۡجَارِ ذِى ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡجَارِ ٱلۡجُنُبِ وَٱلصَّاحِبِ بِٱلۡجَنۢبِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُكُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن ڪَانَ مُخۡتَالاً۬ فَخُورًا


Terjemahan: "Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri" (Surah an-Nisa':36)

Control "ayu" di malam buta, tunggu untuk BBQ...ngeh3x

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni