Posts

Showing posts from March, 2013

Paragliding for Tabung GAZA

Image
23 March 2013 - Hari mencabar diri, mencabar gelegak degupan jantung yang dah sedia laju dek Hyperthyroidism       

HYPERTHYROIDISM (1) - Tafakur~

Image
Secara biologinya, apabila seseorang dalam keadaan marah, dua jenis hormon akan terhasil; hypoglycemia dan hyperthyroidism yang mempengaruhi tindak balas dan emosi seseorang Rasulullah menjadi model paling jelas dalam sejarah manusia, yang membuktikan rasa marah bukanlah satu penyelesaian, sebaliknya ia adalah pilihan untuk dikawal manusia. Rasulullah turut memperingatkan dalam hadis bahawa manusia yang gagah adalah manusia yang dapat mengawal kemarahannya. Kejayaan seseorang mengawal rasa marah menjadikan nilai dirinya lebih tinggi sama ada di sisi Tuhan dan masyarakat kerana kebijaksanaanya. Dalam dunia moden yang penuh persaingan, emosi manusia turut terlibat dalam perlumbaan kemajuan ini. Namun umat Islam hari ini menyedari kawalan emosi khususnya perasaan marah adalah sesuatu yang perlu dikawal agar keseimbangan hidup bermotivasi dapat dikekalkan. Di antara perkara yang boleh dilakukan apabila dalam situasi marah ialah: 1. Jangan terlalu cepat sensitif dan melatah ...

Ukhwah Islamiah

Image
Demi Allah, selagi nyawa saya dikandung badan, saya tak akan buat something sehingga ikatan ukhwah saya dengan seseorang yg kenali terputus tanpa sebab2 syarak... Kebanyakan  umat Islam diuji dengan lima perkara  iaitu  saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya, orang munafiq yang sentiasa membencinya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya. Yang pertama  iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya di mana perasaan hasad dengki biasanya datang kerana sikap suka menimbulkan permusuhan, perasaan takabbur atau membesarkan diri, perasaan ‘ujub, gila kuasa, terlalu mementingkan diri sendiri sehingga sanggup mengorban atau mengkhianati orang lain dan perasaan hasad dengki juga sentiasa bersarang dalam diri disebabkan kebakhilannya. Selagi mana hati ini dikotori dengan penyakit hasad dengki maka dirinya sentiasa memusuhi kebenaran dan memben...

HYPERTHYROIDISM - SAKIT itu UJIAN, UJIAN itu TARBIAH

Image
Ingat SAKIT itu UJIAN, UJIAN itu TARBIAH dari ALLAH tanda DIA sayang.. DIA bukan saja2 bagi sakit ni..dia nak aku fikir sesuatu yang lebih dari sekadar mengeluh, mengenang diri yang kalah, dan disini perjuanganku bermula..SAKIT itu bagi mencuci dan menggugurkan dosa2 ku "Tidaklah orang muslim ditimpa cubaan berupaya panyakit atau lainnya, melainkan ALLAH menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya." (HR.Bukhari Muslim) BERUBAH lah AINI...SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN...CUBALAH MENJADI KHALIFAH ALLAH YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA MANUSIA SEJAGAT...JANGAN DIMOHON BALASAN...HANYA PADA ALLAH KITA MOHON... http://grapesxluffstrawberry.blogspot.com/2011/11/hyperthyroidism-thyroisdtoxicosis.html http://www.hsc.com.my/bm/ treatment-and-management-of- hyperthyroidism.php

Akan datang seorang yg ikhlas...

Image
Syeikh Ammar Bugis adalah seorang penyandang tunadaksa. Ia lahir dalam kondisi lumpuh total. Hanya otak, mata, dan mulutnya yang masih berfungsi. Selebihnya, sama sekali tidak dapat digunakan. Meskipun demikian, ia tidak menjadikan cacat fisiknya sebagai hambatan dalam meraih prestasi. Pria kelahiran Amerika Serikat 26 tahun silam ini telah menjadi penghafal al-Quran sejak usia 11 tahun. Dia dapat menghafal 30 juz al-Quran dalam waktu 2 tahun saja, Subhanallah! Tidak hanya sampai di situ prestasi yang ditorehkannya. Ammar pun sukses menyelesaikan pendidikan strata satunya dari Jurusan Jurnalistik King Abdul Aziz University. Sambil kuliah ia merangkap menjadi wartawan olahraga Harian Al Madinah yang terbit di Jeddah, dan kolumnis Harian Ukaz terbitan Riyadh. Amar juga tercatat sebagai dosen di Universitas Dubai sambil meneruskan pendidikan S-2 di universitas yang sama. Ia masih tercatat sebagai penerima beasiswa dari Pangeran Uni Emirat Arab, Hamdan bin Muhammad bin R...

Mukmin yang baik

Image
Orang mukmin yang baik itu hidupnya luar biasa Unik dan berbeza sangat dengan manusia yang lain Dia berhadapan dengan kehidupan penuh tenang Kejahatan orang tidak dibalas dengan kejahatan Bahkan didoakan orang yang membuat jahat dengannya Berhadapan dengan ujian dia tenang Berhadapan dengan nikmat dia bersyukur Jadual waktunya dengan Tuhan tetap dan istiqamah Walau di dalam keadaan susah dan senang Bermesra dengan orang Tetamu yang datang dihormati sesuai dengan kedudukannya Tidak boleh mendengar orang mendapat kesusahan Selagi tidak dapat ditolongnya, menderita jiwanya Merendah diri adalah budaya hidupnya Setiap orang yang meminta pertolongan jarang tidak ditunaikannya Pemurah sangat terserlah di dalam kehidupannya Tidak pernah mengeluh berhadapan dengan penderitaan Tapi dia mengeluh dengan dosa-dosanya Atau mengeluh bila berhadapan dengan kelemahan dan kecuaian Rasa kehambaan tampak kelihatan pada mukanya Tuhan selalu sahaja disebut-sebut di dalam perbualannya Nampak sang...

Fikirkanlah..

Asalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya Perkara yang anda tak perasan atau saja tak perasaan....... 1. Sekurang-kurangnya Ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. 2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. 3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. 4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda. 5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur. 6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang. 7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia. 8. Anda seorang yang istimewa dan unik. 9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda. 10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya. 11. Sekiranya anda m...

Ketika Cinta Bertasbih...

Image
Salam,   Kata-kata yang sempat saya ambil dari Buku "Ketika Cinta Bertasbih" sekadar berkongsi dengan kalian. Semoga kata-katanya menjadi pembangun jiwa kalian.   Bab: Reser Cinta Ibnu Athaillah M/S : 337   Beliau mengatakan: la yukhriju asy syahwata illa khaufun muz'ijun aw syauqun muqliqun!  Artinya  tidak ada yang bisa mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenangnn duniawi selain rasa takut kepada Allah yang menggetarkan hati, atau rasa rindu kepada Allah yang membuat hati merana! Sesungguhnya rasa cinta itu cukup sukar dikeluarkan dalam hati manusia. Kecuali dalam 2 keadaan Pertama , rasa cinta kepada Allah yang luar biasa yang menggetarkan hatimu. Sehingga ketika yang ada di hatimu adalah Allah, yang lain dengan sendirinya menjadi kecil dan terusir.  Kedua , rasa rindu kepada Allah yang dahsyat sampai hatimu merasa merana. Jika kau merasa merana karena rindu kepada Allah, kau tidak mungkin merana karena rindu pada yang lain. Jika...