Ukhwah Islamiah




Demi Allah, selagi nyawa saya dikandung badan, saya tak akan buat something sehingga ikatan ukhwah saya dengan seseorang yg kenali terputus tanpa sebab2 syarak...

Kebanyakan umat Islam diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya, orang munafiq yang sentiasa membencinya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya.

Yang pertama iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya di mana perasaan hasad dengki biasanya datang kerana sikap suka menimbulkan permusuhan, perasaan takabbur atau membesarkan diri, perasaan ‘ujub, gila kuasa, terlalu mementingkan diri sendiri sehingga sanggup mengorban atau mengkhianati orang lain dan perasaan hasad dengki juga sentiasa bersarang dalam diri disebabkan kebakhilannya. Selagi mana hati ini dikotori dengan penyakit hasad dengki maka dirinya sentiasa memusuhi kebenaran dan membenci saudara seagama atas dasar yang bercanggah dengan syarak. Oleh itu sebagai membuktikan keimanan kepada Allah maka kita wajib membersihkan diri kita daripada sifat yang tercela ini demi mencapai keredhaan Allah.

Yang kedua di mana kita akan diuji dengan sikap permusuhan yang dicetuskan oleh golongan munafiq yang merupakan musuh di dalam selimut. Golongan ini begitu merbahaya kerana mereka sentiasa menyembunyikan sikap permusuhan mereka dengan menyatakan bahawa mereka juga beriman kepada Allah sedangkan banyak kelakuan dan tindakan mereka ke arah memerangi ajaran Islam yang menyeluruh. Golongan munafiq ini hanya mengambil ajaran Islam yang sesuai dengan kehendak nafsu serakah mereka dan memusuhi segala ajaran Islam yang berlawanan dengan kehendak mereka. Kadang-kadang golongan munafiq ini lebih terkehadapan dalam menyatakan kecintaan mereka terhadap Islam sedangkan dalam masa yang sama dari segi tindakan maka merekalah golongan yang berani menghina hukuman Allah yang adil, mencaci Rasulullah s.a.w, memaki para ulama’ pewaris nabi dengan menjadikan akal yang lemah sebagai sumber ilmu yang tertinggi mengatasi wahyu Allah.
 

Yang ketiga di mana kita akan diuji dengan golongan kuffar yang sentiasa memusuhi dan memerangi kita dengan pelbagai cara samada melalui serangan pemikiran sehingga mampu menjauhkan umat Islam daripada ajaran agama mereka atau pun melalui serangan fizikal yang menyebabkan ramai di kalangan umat Islam yang menjadi mangsa kepada senjata canggih milik kuffar durjana. Sesungguhnya kita mesti memperakui bahawa permusuhan yang dicetuskan oleh golongan kuffar terutama yahudi dan kristian akan berlarutan sehingga hari qiamat kerana golongan kuffar ini akan berusaha sedaya upaya mereka untuk membuatkan kita agar berlutut di kaki mereka walau dengan apa cara sekali pun. Walau pun jumlah umat Islam hari ini begitu ramai tetapi kita tidak ubah seperti  buih air banjir atau buih di laut disebabkan umat Islam diserang dengan dua penyakit yang merbahaya iaitu terlalu cintakan dunia sehingga sanggup mengorbankan prinsip agama dan diserang penyakit terlalu takut kepada kematian sehingga sanggup membiarkan saudara seagama terus ditindas dan menjadi mangsa peluru dan bom kuffar terutama di negara yang diuji dengan peperangan seperti di Palestin, Afghanistan, Kashmir, India, Ambon, Selatan Filiphina, Selatan Thailand dan selainnya. Pengganas kuffar kini menghalakan mucung senjata mereka ke arah yang satu iaitu umat Islam kerana Islam dianggap musuh terakhir kuffar yang tidak pernah padam hajat mereka untuk menguasai dunia dengan melakukan pelbagai kekejaman dan penindasan demi membolot hasil mahsul bumi yang ada.
 

            Oleh itu marilah kita sebagai umat Islam yang bermaruah kembali bersatu di bawah panji Islam dengan mengenepikan sikap perkauman dan kebangsaan yang sempit untuk sama-sama bangun berjuang menegakkan kembali pemerintahan Islam sehingga kita bukan lagi menjadi rakyat yang melarat di negara sendiri, rakyat yang menjadi pelarian di tanahair sendiri, umat yang terpaksa menghadapi hujan peluru dan bom kuffar durjana, umat yang terpaksa memerhati ahli keluarga mereka dirogol, digilis oleh pengganas kuffar di hadapan mata sendiri, umat yang sentiasa ditemani air mata kesedihan akibat kehilangan saudara tersayang akibat kekejaman kuffar. Ingatlah bahawa kita umat Islam merupakan umat pilihan dan akan kembali menjadi umat yang mulia apabila kembali bernaung di bawah keseluruhan sistem Islam yang meliputi seluruh aspek kehidupan termasuk pemerintahan, ekonomi, kemasyarakatan dan lainya bukannya hanya terhenti setakat ibadat khusus seperti solat, puasa dan haji sahaja. Kita umat Islam akan terus dihina oleh Allah selagi mana kita berpegang kepada ideologi ciptaan manusia seperti sekularisme yang mendekatkan kita kepada murtad dan sistem kapitalisme yang meletakkan kita setaraf dengan binatang akibat yang kuat akan menindas si lemah, si kaya akan memeras si miskin, pemimpin akan memaksa rakyat agar tunduk kepada kepentingan peribadi mereka.

 

Yang keempat dan yang kelima kita akan menghadapi godaan syaitan dan hawa nafsu yang merupakan teman rapat dalam  memujuk kita ke arah kesesatan. Syaitan dan nafsu jahat akan sentiasa berusaha mengheret kita untuk melakukan maksiat sehingga manusia yang bertuhankan nafsu dan sentiasa mengikut telunjuk syaitan akan sentiasa melakukan segala tegahan Allah sehingga semakin meluasnya gejala social seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, bertambahnya kes sumbang mahram dan sebagainya. Dalam menghadapi ujian nafsu ganas dan syaitan ini maka manusia mesti diisi dengan ilmu kefahaman agama yang secukupnya disamping dikawal dengan pelaksanaan hukuman berasaskan agama demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Hukuman dunia walau pun sekeras mana pun tindakannya tetapi tidak mampu menginsafkan manusia dan juga penerima hukuman dunia dalam kes yang telah jelas hukumannya di sisi Allah akan sekali lagi menerima hukuman di atas kesalahan yang sama di akhirat nanti. Alangkah sesat dan zalimnya hukuman dunia berbanding hukuman Allah yang adil. Islamlah necaya kita selamat dunia dan akhirat.


Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni