HYPERTHYROIDISM (1) - Tafakur~

Secara biologinya, apabila seseorang dalam keadaan marah, dua jenis hormon akan terhasil; hypoglycemia dan hyperthyroidism yang mempengaruhi tindak balas dan emosi seseorang

Rasulullah menjadi model paling jelas dalam sejarah manusia, yang membuktikan rasa marah bukanlah satu penyelesaian, sebaliknya ia adalah pilihan untuk dikawal manusia.

Rasulullah turut memperingatkan dalam hadis bahawa manusia yang gagah adalah manusia yang dapat mengawal kemarahannya. Kejayaan seseorang mengawal rasa marah menjadikan nilai dirinya lebih tinggi sama ada di sisi Tuhan dan masyarakat kerana kebijaksanaanya.



Dalam dunia moden yang penuh persaingan, emosi manusia turut terlibat dalam perlumbaan kemajuan ini. Namun umat Islam hari ini menyedari kawalan emosi khususnya perasaan marah adalah sesuatu yang perlu dikawal agar keseimbangan hidup bermotivasi dapat dikekalkan. Di antara perkara yang boleh dilakukan apabila dalam situasi marah ialah:

1. Jangan terlalu cepat sensitif dan melatah dengan keadaan, sehingga membuat anda terburu-buru sama ada daripada emosi mahupun perbuatan. Selidik dan cari alternatif lain.
2. Alihkan perhatian anda dengan berundur daripada situasi yang tegang, menarik nafas sedalam-dalamnya dan biarlah akal mengimbanginya.
3. Beristighfar dan berdoa agar Allah melindungi diri daripada gangguan syaitan.
4. Ubah posisi fizikal anda, sama ada berbaring, berdiri, duduk atau pun bangun. Dari sudut bahasa badan, ia menandakan anda tidak berminat memanjangkan perbalahan yang mengakibatkan kemarahan.
5. Sentiasa mengingatkan diri bahawa kemarahan Allah terhadap kederhakaan kita jauh lebih besar daripada kemarahan kita terhadap sesuatu.
6. Sentiasa memaafkan kerana ia adalah sifat seorang mukmin yang memohon keampunan Allah.
7. Tanamkan rasa kasih terhadap manusia kerana Allah mempunyai rasa kasih terhadap hamba-hamba-Nya sebagaimana disebutkan dalam hadis Qudsi, Belas ihsan-Ku melebihi amarah-Ku.
8. Menunaikan solat dan meluahkannya serta bergantung harap kepada Allah terhadap apa yang berlaku melalui doa.
9. Terapi air melalui wuduk atau mandi untuk menyejukkan fizikal dan emosi. Minum atau biarkan sedikit air di dalam mulut sehinggalah individu yang cuba bertelagah kembali tenang.
10. Bertindak bertentangan, sentiasa melatih diri dengan suara minda bahawa anda seorang yang positif dan tenang, dan anda sentiasa sedar ada hikmah serta cubaan dalam setiap keadaan






Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni