Al-Ghuraba' - Golongan yang terasing





Golongan yang terasing - Tetapi hidup di tengah Masyarakat - Prof Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Dengan roh yang bersemangat, matlamat yang jitu, jihad yang berterusan...
mereka hidup dalam keadaan terasing...
terasing dari segi pemikiran, roh dan matlamat...
'Mata kasar' mereka pada zahirnya, sedang memerhatikan masyarakat yang sezaman sebangsa mereka..
'Mata hati' mereka sebenarnya sedang merenung jauh ke arah para sahabat r.a

Lalu mereka pun berasa terasing,namun begitu mereka lega kerana

"Fathubi LilGhuraba'" - Beruntunglah orang-orang asing (Riwayat Muslim daripada  Abu Hurairah)

**Kerana orang2 yang berpegang teguh dengan agama Islam disaat masyarakat sudah jauh daripada Islam akan dianggap asing, pelik dan kolot.

Sesungguhnya mereka adalah generasi yang membentuk kesedaran, golongan terpilih, mempunyai qudwah, memberikan contoh, berada di saf hadapan tatkala dipanggil berjuang, dan hanya berada di belakang pada saat pembahagian ghanimah. Sungguhpun mereka adalah orang yang banyak keistimewaan, banyak memberikan sumber tenaga dan harta, akan tetapi mereka tidak hidup dalam keadaan mewah dan senang lenang, serta tidak membangga diri. Bahkan mereka sentiasa sensitif terhadap apa yang berlaku terhadap bangsa, dan hidup bersama dengan masyarakat muslim.

Mereka menanggung kepayahan bersama, membantu menyelesaikan masalah bersama, berkongsi suka dan duka, sehingga mereka mampu meluahkan penderitaan dan melakarkan citi-cita. Maka tidak akan terlintas langsung mereka akan bersikap bongkak, atau menderhaka kepada masyarakat. Bahkan mereka sangat suka melakukan kerja2 ini, bersikap lemah lembut terhadap masyarakat, menolong orang yang bekerja, mengajar orang yang tidak tahu, mengingatkan orang yang terleka dan terlupa, memanggil orang yang melarikan diri, merawat orang yang sakit dan memperkuatkan orang yang lemah dikalangan masyarakat.

Mereka adalah pendakwah masyarakat, tidak pernah berasa bosan dalam usaha dakwah, dan tidak sekali-kali putus asa untuk melihat masyarakat kembali ke jalan yang benar.


Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni