Bila diri rasa tak berguna




Mengalami berbagai senario yang buat kita down itu satu bende yang biasa...
dalam banyak senario itu..kita bangkit bila mengingatkan apa yang orang cakap itu tidak penting..
kita bangkit..bila kita ingat orang yang menyokong kita adalah orang2 yang lebih hebat..

Saya pernah bekerja dengan project manager yang hebat...seorang wanita yang baik, selalu menyokong...dan sebagai boss dia tak berhenti memberi saya peluang untuk mencuba sesuatu..
adakala dia marah dengan saya..tapi saya tak pernah rasa diri tak berguna kerana kemarahan dia itu..

Saya pernah bekerja dengan senior yang non-muslim, seorang wanita yang baik, dan dia sangat menghormati kehidupan peribadi saya sebagai seorang yang muslim. Sehingga waktu sembahyang saya pon dia ingatkan. Dia membuatkan saya hormati dia, dan akan saya akan rasa bersalah jika saya sudah menyakiti hatinya



Tak banyak yang diperlukan sebagai seorang staff untuk bersemangat dalam meneruskan kerja dan tugasan yang diberi dengan penuh dedikasi..cukup bagi saya seorang ketua, ataupun senior yang mampu memberi saya peluang untuk terus belajar dan maju , dan juga nilai hormat dari mereka dalam urusan peribadi terutama soal kepercayaan agama.

Tiada perkara ini maka sudah cukup ianya membuat DIRI SAYA TIDAK BERGUNA.




Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni