PINTAR VS KEMAHIRAN BERFIKIR

Saya fikir, mungkin tidak wajar untuk mengingati kenangan lama, tetapi ingatan saya tetap ada pada kenangan lama. Zaman sekolah, bukan ingatan peristiwa seronok pon, cuma beberapa perkara yang saya boleh ingat untuk jadi panduan saya pada masa ini.

Saya bukan pintar, baik semasa sekolah mahupun sampai sekarang. Jika ya, saya dah jadi ahli MENSA. Tetapi saya tahu saya ada semangat untuk tahu, dan seterusnya "tahu" itu menjadi maklumat dalam otak saya. Segala maklumat itu lah yang menjadi "tool" untuk saya hidup."Tool" itu menjadikan saya ada kemahiran, kemahiran itu saya guna untuk kerja saya sekarang.

Ada orang melihat pintar itu satu anugerah, untung orang yang pintar boleh berjaya dalam apa juga bidang. Pintar itu umpama "toolbox". "Toolbox" yang dipenuhi dengan alatan2 yang lengkap, ada tukul, ada spanar, ada screw. Bagi kita yang kurang pintar ini, kita juga perlukan "toolbox" itu, tetapi kita perlu cari tool itu sendiri, kita tidak "diberi", dan "tool" itu adalah maklumat. Kita guna "tool" untuk digunakan menyelesaikan masalah. Jika kita cuma ada satu "tool", maka kita akan menyelesaikan masalah menggunakan satu jalan sahaja. Oleh itu berusahalah mencari "tool", untuk bantuan kita dalam menyelesaikan masalah.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni