Teringat VS Kenang

(gambar salah satu kenangan, ntah bila dapat rembat gol lagi...ngee~)

Agak lama,perkara yang ingin saya tulis dalam blog ini berada dalam kepala saya. Mengenangkan banyak kerja yang perlu disiapkan. Bila masa terluang, tetiba otak dah blur, dan tak tahu nak tulis apa, saya cuba tidak mahu merungut tentang kerja, kerana hari2 pun sama jugak, kerja dengan masalah orang, tidak akan berkesudahan.

Tiba2 teringat tentang mimpi saya pagi tadi, tidak pasti la mimpi tuh bermula malam atau sudah pagi baru menjelma, tapi yang pasti ketika saya terbangun, azan subuh dah berkumandang...Mimpi itu membawa saya ke sekolah rendah saya (Sek Ren Kebangsaan Jalan Bomba, Tg Karang), saya didalam kelas sedang menuju keluar kelas, tetiba seolah2 mendengar perkhabaran salah seorang rakan saya meninggal!!

Bila terjaga, saya mengucap panjang tetiba saya teringat rakan saya itu, dan kenangan mengenainya menjelma. Memang kami pernah bermain bersama2, naik sekolah menengah (Sekolah Agama Menengah Seri Desa, Tg Karang) malah sekelas pun sehingga tingkatan 5.

Tetapi habis sekolah, kami lost contact, dan mimpi itu betul2 mengingatkan saya pada dia, apa khabar dia? sihat ke? dan adakah mimpi yang saya alami itu benar?. Saya tiada facebook, malah keinginan untuk register facebook dan seterusnya mencari dia di FB dan add as friend hanya dirasa untuk seketika.

Saya akui diam saya lama, habis sekolah sehingga kini, tiada angin perkhabaran yang saya sisipkan pada mana2 teman. Cuma teman2 yang mendengar perkhabaran saya adalah teman sejati yang sudi menjejak ke rumah orang tua saya, saya terharu. Kerana memikirkan selama ini diri bukan la sesiapa, dan tiada apa yang menarik tentang diri untuk diketahui oleh orang sekeliling. Kemudian saya cuba mengenang apa yang terjadi antara kami, apa yang menyebabkan kami tidak dapat berhubung langsung.

Saya akui, persepsi adalah faktor. Pelbagai persoalan mula menjelma, " Adakah dia masih ingat aku?".."Aku ni perangai jahat..mungkin dia x suka aku dah"..."Mungkin dia fikir aku ni nyebuk je". Prasangka + Prejudis + Persepsi itulah yang menyebabkan banyak perhubungan yang terjalin erat mudah terputus.

Apa-apapun di kejauhan ini, saya berharap (dengan amat sangat) dia sihat dan bahagia bersama keluarga. Juga harapan ini untuk kenalan yang mengenali diri yang hina ini.

"Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. 

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun....Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni