Posts

Showing posts from June, 2011

Kerana aku tahu ada Tuhan

Ya Allah, Kerana aku tahu ada MU YaAllah, aku harap aku boleh selalu mencintaiMu Kerana aku tahu ada MU YaAllah, aku harap aku boleh selalu bersyukur, Kerana aku tahu ada MU YaAllah, aku harap aku boleh selalu bersandar pada Mu Kerana aku tahu ada MU YaAllah,aku harap aku boleh selalu bersabar Kerana aku tahu ada MU YaAllah,aku harap aku boleh selalu minta ampun atas kesalahan Kerana aku tahu ada MU YaAllah,aku harap aku boleh selalu meneruskan hidup Kerana aku tahu ada MU YaAllah,aku harap aku boleh selalu tidak berputus asa Kerana aku tahu ada MU YaAllah,aku harap aku boleh selalu mengejar kebahagiaan dan kegembiraan Kerana aku tahu ada MU YaAllah,aku harap aku boleh selalu ada jalan dalam kegagalanku Kerana aku tahu ada MU YaAllah,....Aku akan sentiasa yakin untuk terus BERDOA... Wa'Allahu'alam

Bagaimana mereka menipu mangsa

Saya ada kawan yang pernah terkena dengan perkara dibawah, salah sorangnye adalah instructor utk training Microsoft, kekadang bila kita terlalu sebuk bekerja dan dikatakan berjaya dalam hidup, kita lupa untuk ambik tahu banyak perkara yang berlaku kat negara kita, akhirnya kita pon terkena kerana kita x ambil tahu, Copy paste SEPERTI  yang diceritakan oleh Aishah (bukan nama sebenar), 34, pensyarah dari Kuala Lumpur kepada Mingguan mStar. Dua minggu sebelum 21 Mac 2011: Mengenali warga Libya, Dr Musa, seorang duda menerusi laman sosial. Dr Musa mempunyai seorang anak perempuan. Saya hanya berhubung menerusi panggilan telefon dan emel. Wajahnya hanya dilihat berdasarkan gambar yang dikirim. Seminggu sebelum 21 Mac 2011: Dr Musa yang mula menaruh perasaan terhadap saya memberitahu untuk berhijrah ke Arab Saudi kerana pergolakan yang berlaku di Libya. Dia berhasrat untuk datang ke Kuala Lumpur menemui saya terlebih dahulu. Bagaimanapun, saya mengatakan pertemuan hanya sekadar ken...

Guru

Sepatutnya artikel yang ingin saya kongsikan dibawah sesuai sempena Hari Guru 16 Mei, tapi terlambat untuk diupload, saya baca dengan rasa sedih dan terharu. Betapa bebanan seorang guru itu sukar untuk ditanggung rupenye, teringatkan Abah,Mak dan Ngah yang mengajar....sebagai ahli keluarga terdekat, kalau boleh mungkin kita bleh bertolak ansur dengan mereka yang cikgu2 ni..supaya mereka dapat kurangkan bebanan kehidupan mereka.. Saya 'salute' lah sape2 yang berjuang dalam profession guru ni, kalau saya memang 'fail' la, nak bercakap pon malas, nak ngajar pon kurang sabar.... Moralnye: Jika rasa hidup kita tertekan dengan kerja kita, fikirlah ada orang lain yang lebih tertekan dari kita....dan Terima Kasih semua cikgu2..segala pengorbanan kalian hanya Allah yang mampu membalasnya.. Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN nor.afzan@kosmo.com.my Profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental. PESAKIT mental terpaksa berjumpa pakar psikiatri seca...

Rolling In The Deep

Image
Sukenye dengar lagu Adele ni...selain lirik yang best, lagunye juga kalau digubah dengan ape2 genre pon bleh jadi sedap didengar.., (Acoustic, rap(gaya eminem), rock (gaya linkin park or flyleaf) )..Kekadang berangan petik gitar sambil nanyi lagu ni..ngee~Sakit telinga..asyik dgr lagu ni berulang2..huhuhu...memang x patut kan...lagho sume tuh..

Blog Lama

Saya akui mempunyai masalah short time memory, huhuhu..dlu kerap menukar email, hanya kerana tak ingat username and password (org IT tuh...), sehingga lah saya juga lupa wujudnye beberapa akaun dalam internet (twitter, facebook..dll). Dan baru2 ni saya terjupe note login blog lama, sabo jelah saya mmg x hingat saya pernah create blog lain sebelum ni...huhuhu...nama blog tuh Alfityan-Sempoi..alamatnye  http://harimazinia.blogspot.com/ ....MasyaAllah merapu sungguh saya dalam profile statement tuh..ngee~~~. Create tahun 2006...mak aih..5 thn sudah...rase2nye ade blog lain gak pernah buat dlu tp x hingat lak nama dia...huhuhu

FTP Guide >> My Note

!  - Runs the specified command on the local computer ?  - Displays descriptions for ftp commands append  - Appends a local file to a file on the remote computer ascii  - Sets the file transfer type to ASCII, the default bell  - Toggles a bell to ring after each file transfer command is completed (default = OFF) binary  - Sets the file transfer type to binary bye  - Ends the FTP session and exits ftp cd  - Changes the working directory on the remote computer close  - Ends the FTP session and returns to the command interpreter debug  - Toggles debugging (default = OFF) delete  - Deletes a single file on a remote computer dir  - Displays a list of a remote directory's files and subdirectories disconnect  - Disconnects from the remote computer, retaining the ftp prompt get  - Copies a single remote file to the local computer glob  - Toggles filename globbing (wildcard characters) (default = ON) hash ...

Mengira Bayaran Bulanan Kereta

Baru2 ni ada teman bertanya mcm mana dia nak tahu jumlah deposit yang diperlukan, jika dia mahu beli kereta SAGA FL 1.6 yang harga dari RM 46, 549 dengan membuat pinjaman 9 thn dan bulan2 dia x lebih RM500. Dia tanya sebab salesman cuma unjuk pamphlet untuk 0 dwnpayment je...mls nak duk lama2 ngan salesman untuk kira kan..jadi dia minta bantuan saya untuk congak2 kan..huhuhu Akhirnya saya dapat cara mcm mana mengira bayaran bulanan kereta dan deposit yang sesuai untuk teman saya itu. Kekadang kita ni bila salesman unjuk kan table pembayaran kita main terima je bulat2..., atau pun tidak dijelaskan brp percent loan kita dgn bank...jadi setelah mencongak2..saya dapat idea..Jadi boleh la kita tahu % loan sbnr kita brp...jadi berdasarkan beberapa pamphlet jadual pembayaran balik dengan 0 downpayment saya jadikan ianya contoh untuk mendapatkan % loan bank dan deposit yang sesuai bagi kwn saya itu... A- Harga Kereta , B - % loan bank, C - Tempoh pinjaman Jadi Formula dia adalah...

Sindrom asperger - Hmmm aku kah itu...huhuhu

Copy and Paste Penghidap sindrom asperger mempunyai ciri yang pelbagai dari peringkat sederhana kepada tahap yang lebih serius. Penghidap penyakit ini cenderung kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. Biasanya penghidap asperger sindrom ini mempunyai masalah dalam menghadapi sesuatu perubahan dan lebih sukakan kepada rutin yang sedia ada. Penghidap penyakit ini tidaklah seteruk penyakit Autisme. Penghidap penyakit ini menghadapi masalah seperti gangguan komunikasi, interaksi sosial (norma sosial). Keadaan ini memberi kesan kepada pergaulan dan kesesuaian dalam bermasyarakat. Mereka akan bersikap lebih peka terhadap bunyi, rasa, bau dan cahaya dan keadaan ini boleh menggangu mereka. Kebanyakan kanak-kanak ini mempunyai perilaku yang jauh berbeza daripada kanak-kanak seusia mereka. Tahap IQ mereka lebih tinggi di bandingkan kanak-kanak lain. Ia disebabkan kelainan neurological dan bukan di sengajakan. Sesetengah kanak-kanak ini mempunyai obsesi sesuatu pekara y...

Bila kita bertegas....

Bila Kita Bertegas.. Maka ada muka yang mencebik.. Bila Kita bertegas... Maka ada suara yang mengata kita macam bagus.. Maka ada suara yang mengata kita macam lawa.. Kita Tegas kerana ada sesuatu yang salah dipraktikkan, Kita Tegas kerana kita sedar kita tak lawa..maka prinsip hidup atas kebenaran perlu dipertahankan.. Kita Tegas kerana kita sedar kita tak bagus..maka kita mengelak membodohkan diri dengan membuat kesalahan.. Manusia itu ditegur atas kesalahan supaya dia sedar apakah kebenaran?, kenapa perlu benar?..Sesungguhnya dengan kebenaran kita dapat mengelak kesusahan pada diri dan lebih penting kesusahan pada orang lain. Moral: HIDUP JANGAN MENYUSAHKAN ORANG....JANGAN JADI PARASIT!!

Doa Rasulullah Merawat Jerawat

Copy and Paste... I bn As-Sunni menyebut dalam bukunya riwayat daripada sebahagian isteri Nabi s.a.w yang menceritakan, “Rasulullah s.a.w pernah menemuiku, ketika itu di jariku tumbuh seperti jerawat. Baginda s.a.w bertanya, “Engkau mempunyai minyak wangi zarirah?”. Aku menjawab, “ada”. Baginda berkata, “Bubuhkanlah pada jerawatmu itu lalu ucapkanlah doa: “Allahumma musa-ghiral kabiir wa mukabbiras saghiir, sa-gghir maabi” Ertinya: Allah Yang Mengecilkan Yang Besar dan Yang Membesarkan Yang Kecil, kecilkanlah jerawatku ini Dikeluarkan oleh al-Hakim dan beliau berkata “Sanadnya sahih namun ia tidak dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim dan dikuatkan oleh az-Zahabi Zarirah sendiri sebenarnya adalah ubat India (berbentuk wangian) dibuat dari sari batang pokok zarirah. Sifatnya panas dan kering, berguna bagi mengatasi radang perut, lever dan kekurangan cecair tubuh bahkan juga dapat menguatkan jantung. Dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa dia me...