Bagaimana mereka menipu mangsa

Saya ada kawan yang pernah terkena dengan perkara dibawah, salah sorangnye adalah instructor utk training Microsoft, kekadang bila kita terlalu sebuk bekerja dan dikatakan berjaya dalam hidup, kita lupa untuk ambik tahu banyak perkara yang berlaku kat negara kita, akhirnya kita pon terkena kerana kita x ambil tahu,

Copy paste


SEPERTI yang diceritakan oleh Aishah (bukan nama sebenar), 34, pensyarah dari Kuala Lumpur kepada Mingguan mStar.
Dua minggu sebelum 21 Mac 2011:
Mengenali warga Libya, Dr Musa, seorang duda menerusi laman sosial. Dr Musa mempunyai seorang anak perempuan. Saya hanya berhubung menerusi panggilan telefon dan emel. Wajahnya hanya dilihat berdasarkan gambar yang dikirim.
Seminggu sebelum 21 Mac 2011:
Dr Musa yang mula menaruh perasaan terhadap saya memberitahu untuk berhijrah ke Arab Saudi kerana pergolakan yang berlaku di Libya. Dia berhasrat untuk datang ke Kuala Lumpur menemui saya terlebih dahulu. Bagaimanapun, saya mengatakan pertemuan hanya sekadar kenalan kerana saya sudah berkahwin.
21 Mac 2011 - Malam:
Saya menunggu ketibaan Dr Musa dan anaknya di KLIA. Bagaimanapun, Dr Musa tidak muncul di balai ketibaan selepas penerbangan tiba pada pukul 10.30 malam.
Satu jam kemudian, saya terima panggilan daripada Siti yang mendakwa dirinya adalah Pegawai Imigresen. Katanya, Dr Musa telah ditahan kerana membawa masuk sejumlah wang yang besar tanpa diisytiharkan.
Bayaran ‘Permit Masuk’ sebanyak RM20,000 harus dibayar bagi membebaskan Dr Musa. Saya panik.
22 Mac 2011 - Pagi:
Saya masih boleh berhubung dengan Dr Musa sepanjang dia ditahan di KLIA (kononnya). Menerusi perbualan telefon, saya dapat mendengar tangisan anak Dr Musa. Sayu rasanya daripada naluri saya sebagai ibu. Saya akhirnya membayar RM10,000 menerusi pindahan wang di bank. Dr Musa dikatakan memberikan baki RM10,000 lagi kepada Siti.
Saya bertanya kenapa dia tidak menggunakan wang di dalam bagasi itu untuk membebaskannya. Dr Musa memberi alasan tidak mahu Pegawai Imigresen mengetahui jumlah wang yang sebenar kerana bimbang akan diminta rasuah. Menurut Dr Musa, setiap bagasi mengandungi wang tunai berjumlah AS$5 juta.
22 Mac 2011 - Tengah hari:
Siti menghubungi saya berhubung dua bagasi milik Dr Musa tidak mempunyai ‘Sijil Anti Pengganas’. Katanya, sijil itu diperlukan bagi melepaskan Dr Musa dengan caj RM16,200 setiap satu. Siti memberitahu dua bagasi itu sudah diserahkan kepada George yang mendakwa dirinya sebagai pegawai di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
23 Mac 2011:
Aishah memindahkan wang RM16,200 ke dalam satu akaun atas arahan Siti. Bagasi pertama sudah boleh dituntut. Namun kata George, hanya mereka yang berkelayakan saja boleh melakukannya. Dr Musa meminta saya menghubungi saudaranya, Richard yang didakwa pernah berkhidmat di Kedutaan Libya supaya menjadi wakil.
24 Mac 2011:
Bertemu dengan Richard dan Siti buat kali pertama di sebuah hotel di Serdang. Richard seperti warga Afrika manakala Siti bertubuh gempal dan berkulit sawo matang. Richard membawa saya dan Siti ke salah satu bilik di hotel bagi menunjukkan bagasi yang hendak dituntut.
Di bilik hotel, saya menghubungi Dr Musa bagi mendapatkan kod kombinasi untuk membuka bagasi. Perasaan tergamam bercampur panik sebaik saja bagasi dan peti di dalamnya dibuka apabila melihat banyak wang kertas dolar Amerika Syarikat.
Setiap wang kertas tertera dengan cop keselamatan. Menurut Dr Musa, penggunaan cop bagi mengelakkan ia dicuri. Selagi cop itu tidak hilang maka tidak sah untuk digunakan. Richard mengambil beberapa keping wang kertas dan mencuci di bilik air menggunakan satu cecair. Cop pada wang kertas itu hilang selepas dicuci.
Bagaimanapun, terdapat masalah kerana bahan kimia untuk mencuci wang kertas itu beku dan tidak boleh digunakan. Richard akhirnya membawa balik bagasi itu bagi mencari jalan untuk menyelesaikan masalah itu. Saya biarkan saja kerana tidak berani membawa pulang wang sebanyak itu ke rumah.
26 Mac 2011 - Pagi:
Dr Musa menyarankan saya untuk menebus satu bagasi lagi kerana terdapat cecair kimia disertakan di dalamnya. Saya membayar RM16,200 lagi dan RM20,000 untuk permit masuk mewakili bagasi kedua. Jika tidak, saya perlu membayar AS$84,000 (kira-kira RM240,000) bagi sebotol cecair kimia bersaiz 1 liter.
26 Mac 2011 - Malam:
Saya berjumpa Siti dan Richard sekali lagi di hotel yang sama. Di sebuah bilik, bagasi kedua dibuka mengandungi banyak wang kertas ASD dan satu kotak menyimpan satu botol cecair kimia. Malangnya, botol itu pecah menyebabkan cecairnya rosak. Saya menghubungi George. Katanya, akan cuba mencari jalan penyelesaian.
29 Mac 2011 - Pagi:
George menghubungi saya dan memberitahu pihaknya tidak dapat membantu. Jalan terakhir adalah membeli cecair kimia berkenaan untuk mencuci wang kertas yang berjumlah AS$10 juta. Saya didesak beberapa kali supaya menyelesaikannya dengan segera.
30 Mac 2011:
Siti memberitahu bahawa pihaknya sedang menunggu kelulusan untuk membebaskan Dr Musa. ‘Pegawai atasannya’ berada di luar negara dan hanya pulang pada 1 April. Kemungkinan Dr Musa akan dibebaskan pada hari tersebut. Saya diminta menunggu.
1 April 2011 - Pagi:
Dr Musa masih tidak dapat dibebaskan. Menurut Siti, ini disebabkan oleh konflik antara pegawai atasan yang berkuasa untuk membebaskan Dr Musa dengan pegawai atasan yang meluluskan pengeluaran bagasi. Saya merayu kepada Siti memintanya untuk berbincang dengan pegawai atasan. Siti, menunjukkan reaksi serba salah.
1 April 2011 - Petang:
Saya dihubungi Dr Musa dan dimaklumkan bahawa dia tidak dibenarkan masuk ke Malaysia dan terpaksa dihantar pulang. Bagaimanapun dia perlu dihantar ke negara lain disebabkan negaranya Libya masih bergolak.
Saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana kononnya keputusan pihak Imigresen sudah muktamad. Dr Musa kononnya dihantar ke London menerusi penerbangan pada waktu malam.
3 April 2011:
Dr Musa memaklumkan bahawa dia kini di London. Dia dibantu oleh seseorang kerana dia tidak mempunyai sebarang wang. Malangnya, selepas itu dia dan ‘kenalan baru’nya ditahan oleh pihak polis dan dihantar ke kem pelarian. Dr Musa merayu agar membantu membebaskannya dengan menggunakan wang miliknya dalam dua bagasi.
Saya tidak dapat membantunya lagi kerana banyak wang sudah dibelanjakan. Wang simpanan sudah habis dan banyak yang dipinjam daripada rakan-rakan. Saya cuba jalan terakhir untuk membuat pinjaman bank meskipun berisiko. Saya fikir, semuanya pasti dapat dibayar balik selepas saya mendapatkan wang semula dari bagasi Dr Musa.
17 April 2011:
Saya, George dan Richard masing-masing bersetuju berkongsi membeli cecair kimia bagi mencuci wang kertas milik Dr Musa. Bahagian saya adalah RM60,000. Saya bayar tunai kepada Richard.
18 April 2011:
Saya menunggu Richard membawa dua bagasi berkenaan manakala George dengan botol cecair kimia. Bagaimanapun Richard dikatakan ditahan oleh pihak polis dalam perjalanannya untuk berjumpa kami. Saya menghubungi George dan Siti tetapi gagal.
25 April 2011:
Saya dapat menghubungi George selepas beberapa kali dalam tempoh seminggu. Saya meminta untuk berjumpa dengannya kerana selama ini hanya bersemuka dengan Siti dan Richard. Namun George enggan dan memberi amaran agar tidak campur tangan. Jika tidak, saya akan menanggung kesannya seperti yang dialami oleh Richard. Saya berasa terancam. Saya menghubungi Siti tetapi gagal beberapa kali sejak minggu lalu.
26 April 2011:
Ditemani oleh seorang rakan baik, saya ke Pejabat Imigresen KLIA untuk mencari Siti. Namun Siti yang dicari sebenarnya tidak wujud. Saya menjelaskan tentang perkara sebenar kepada Pengarah Imigresen KLIA, Mohd Zulfikar Ahmad.
Saya dimaklumkan bahawa saya adalah mangsa penipuan bersindiket. Mohd Zulfikar menasihatkan agar saya melaporkan kejadian yang berlaku kepada pihak polis. Siapa Siti sebenarnya? Saya berasa tertipu dengan permainan Siti, Richard, Dr Musa dan George kerana sudah kehilangan RM122,400.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni