Sindrom asperger - Hmmm aku kah itu...huhuhu

Copy and Paste

Penghidap sindrom asperger mempunyai ciri yang pelbagai dari peringkat sederhana kepada tahap yang lebih serius. Penghidap penyakit ini cenderung kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. Biasanya penghidap asperger sindrom ini mempunyai masalah dalam menghadapi sesuatu perubahan dan lebih sukakan kepada rutin yang sedia ada.


Penghidap penyakit ini tidaklah seteruk penyakit Autisme. Penghidap penyakit ini menghadapi masalah seperti gangguan komunikasi, interaksi sosial (norma sosial). Keadaan ini memberi kesan kepada pergaulan dan kesesuaian dalam bermasyarakat. Mereka akan bersikap lebih peka terhadap bunyi, rasa, bau dan cahaya dan keadaan ini boleh menggangu mereka. Kebanyakan kanak-kanak ini mempunyai perilaku yang jauh berbeza daripada kanak-kanak seusia mereka. Tahap IQ mereka lebih tinggi di bandingkan kanak-kanak lain. Ia disebabkan kelainan neurological dan bukan di sengajakan.


Sesetengah kanak-kanak ini mempunyai obsesi sesuatu pekara yang menjadi kanak-kanak itu mengetahui sesuatu pekara secara teperinci. Sebagai contoh; kanak-kanak itu lebih berminat terhadap buku dan komputer dari bermain bersama kanak-kanak seusianya. Mereka lebih berminat terhadap kereta, muzik dan lain- lain lagi.

Simptom Sindrom Asperger

Gejala pada Kanak-kanak
  • Tidak mempunyai hubungan mata yang nyata. Mereka akan hanya menatap ke arah lain.
  • Tidak suka mengubah rutin mereka.
  • Mempunyai postur atau ekspresi muka yang abnormal.
  • Akan menjadi lebih terangsang atau menjadi sangat sensitif pada cahaya, bunyi bising yang kuat, dan tekstur atau rasaan yang kuat.
  • Sentiasa berada dalam keadaan komunikasi sebelah pihak sahaja.
  • Hanya berbicara tentang subjek kegemaran mereka sahaja.
  • Lambat untuk belajar seperti bagaimana cara menangkap bola, mengayuh basikal, menggunakan sudu dan garpu, ataupun menulis kerana perkembangan motor mereka terbantut.
  • Mereka mungkin kurang kemahiran sosial kerana mereka tidak memahami perbualan dan juga perilaku orang lain.
  • Mereka tidak dapat mengenalpasti intonasi suara. Jadi, mereka tidak tahu sekiranya seseorang itu sedang marah atau bergurau.
Gejala pada Reamaja
  • Mereka akan terus mengalami masalah dalam memahami perilaku orang lain walaupun mereka boleh mula mempelajari kemahiran sosial yang tidak mereka miliki.
  • Merasa sangat malu apabila cuba mendekati remaja lain walaupun mereka benar-benar inginkan teman.
  • Menjadi naif dan terlalu mempercayai menyebabkan mereka kelihatan tidak matang dan mudah untuk dibuli.
  • Sesetengah remaja asperger mungkin mempunyai teman rapat semasa di sekolah tetapi mereka biasanya tidak berminat dengan norma-norma sosial (i dont hv facebook..huhu) , mod, ataupun pemikiran konvensional. Ini membolehkan mereka mempunyai pemikiran kreatif dan mencapai matlamat serta minat mereka.
Gejala pada Usia Dewasa
Walaupun sindrom asperger dialami seumur hidup, mereka masih dapat memahami kekuatan dan kelemahan mereka. Mereka juga boleh berkahwin dan mempunyai anak.
Oleh sebab sikap mereka yang memberi sepenuh perhatian terhadap sesuatu, mereka lebih cenderung untuk berjaya sama ada di universiti ataupun dalam kerjaya mereka. Kebanyakan orang yang mempunyai sindrom asperger lebih tertarik kepada teknologi. Jadi, tidak hairanlah sekiranya mereka memilih kejuruteraan sebagai bidang kerjaya mereka.


MORAL: Apa-apa pun sindrome yang mungkin wujud dalam diri kita, kita perlu berusaha menjadi muslim yang mukmin..Semoga hidup dipermudahkan Allah, dan diberikan kesihatan yang baik...Amin

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Apa itu subsidi?

Kullu Man Fil Kauni