Doa Rasulullah Merawat Jerawat

Copy and Paste...

Ibn As-Sunni menyebut dalam bukunya riwayat daripada sebahagian isteri Nabi s.a.w yang menceritakan,
“Rasulullah s.a.w pernah menemuiku, ketika itu di jariku tumbuh seperti jerawat. Baginda s.a.w bertanya, “Engkau mempunyai minyak wangi zarirah?”. Aku menjawab, “ada”. Baginda berkata, “Bubuhkanlah pada jerawatmu itu lalu ucapkanlah doa:
“Allahumma musa-ghiral kabiir wa mukabbiras saghiir, sa-gghir maabi”
Ertinya: Allah Yang Mengecilkan Yang Besar dan Yang Membesarkan Yang Kecil, kecilkanlah jerawatku ini
Dikeluarkan oleh al-Hakim dan beliau berkata “Sanadnya sahih namun ia tidak dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim dan dikuatkan oleh az-Zahabi


Zarirah sendiri sebenarnya adalah ubat India (berbentuk wangian) dibuat dari sari batang pokok zarirah. Sifatnya panas dan kering, berguna bagi mengatasi radang perut, lever dan kekurangan cecair tubuh bahkan juga dapat menguatkan jantung.
Dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa dia menceritakan,
“Aku menyapu minyak wangi kepada Rasulullah, sementara aku memegang minyak wangi zarirah, iaitu pada Hajjatul Wada’ untuk melakukan tahallul dan ihram”
Jerawat atau dalam bahasa Arabnya batsrah adalah sejenis benjolan kecil terdiri daripada zat panas dan tumbuh secara semulajadi atau alamiah. Biasanya menghinggapi suatu bahagian tubuh, ia perlu ditunggu agar agak matang, baru dipecahkan untuk dikeluarkan isinya. Zarirah pula mengandungi khasiat untuk melakukan proses itu. Ia dapat mematangkan dan mengeluarkan isi jerawat, selain juga memberikan bau wangi. Ubat ini dapat mendinginkan panas jerawat. Oleh sebab itu penulis al-Qanun (Zad al-Ma’ad ms 100) ada menyatakan,
“Tidak ada ubat yang saya rasa lebih baik untuk meredam panas daripada zarirah yang dicampur dengan air mawar dan cuka”
Artikel di atas dipetik daripada At-Tibbun Nabawi karangan Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziah (Terjemahan Abu Mazaya Al Hafiz “Rawatan Penyakit Dan Tips Menjaga Kesihatan Cara Rasulullah s.a.w” terbitan Al-Hidayah)

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni