Posts

Showing posts from December, 2012

Qasidah

Image
YA IMAM AR-RUSLI YA SANADI LIRIK 1   ✿  يَا إِمَامَ الرُّسْلِ يَا سَنَدِي Wahai penghulu para rasul ! wahai sandaranku ✿  أَنْتَ بَعْدَ الله مُعْتَمَدِي Setelah Allah, engkau adalah peganganku ✿  فَبِـدُنْيـَايَ وَآخِـرَتِي Dalam urusan dunia dan akhiratku ✿  يا رسول الله خُذْ بِيَدِيْ Wahai rasulullah! Bantulah aku ✿  عَطْفَـةً يَا جِيْرَةَ الْعَلَـمِ Belas kasihmu wahai yang berjiran dengan Ka’bah ✿  يَا أُهَيْلَ الْجُوْدِ والْكَـرَمِ Wahai keluarga yang bermurah dan mulia ✿  نحنُ جِيْرَانٌ بِذَا الْحَـرَمِ Kami berada berhampiran dengan Kota Haram ✿  حَرَمُ الإحْسَانِ والْحَسَـنِ Kota yang penuh ihsan dan kebaikan ✿  نحن مِنْ قَوْمٍ بِهِ سَكَنـُوْا Kami daripada kaum yang tinggal di Kota Haram ✿  وَبِهِ مِنْ خَوْفِهِمْ أَمِنـُوْا Di dalamnya mereka aman daripada ketakutan ✿  وَبِآيَاتِ الْقُرْآنِ عُنـُوْا Dan oleh ayat-ayat Al-Quran mereka di perhatikan ✿  فَاتَّئِـدْ فِيْنـَا أَخَا الْوَهَـنِ Ma...

The song as ish'ar ila binafsi

Image

Inilah bende paling 'HOT' yg ada buat masa skrg...

Image
Bukan iPad, Samsung Galaxy Note, or Samsung Galaxy Tab.. Bukan juga Nissan ALMERA.. Bukan juga camera canggih Nikon, Canon Bende yang paling 'HOT' untuk aku, kepuasan diri pada tahap pertengahan maximum..kalo maximum sepenuhnya tentulah set BUFFALO dah aku zaaasss rembat..tapi ini 1 jenis berjenama dibeli di IKEA.. Semangat berkobar2 bila berada didapur...bila minyak dipanaskan...bila bawang diricih halus dicampak kedalamnya..shesss!!! berdesir minyak di gauli dengan bawang..perghhh...masak sardin pon rase mcm masak makanan hotel je... Bila bende HOT ni ada...byk le idea kreatif mencurah2 menolak akal untuk dibuat ditambah dengan baki bhn2 yg ade.. -Checked -whipping creame yg dibeli untuk majlis mkn2 25/Dis harituh ade lagi -Checked - Blueberry cream ada lagi dibeli masa buat blueberry cheese tart masa raya haji -Checked - Stok kambing (lamb chop) yg dibuat pd 25/dis ada lagi.. Mari kita fikir nak masak ape dengan bhn2 yg terhad..dan bagi orang agak "Mim"...

25.12.12 - belasah,redah, gamble, bantai..itu lah aku

Image
25.12.12 cuti krismas, say jemput along,ngah, akak, uda, andak sekeluarga, si bujang jaja, adib , shuib bersama-sama mak and abah makan2 dirumah, menu Lamb Chop, nasi goreng cina, whipped potato, fruit cream desert..selain ade kuih apam , pau, seri muka, dan kek, sempena cuti saje2 berkumpul. Seorang diri dirumah maka saya terpaksa main belasah, redah , bantai dan gamble je buat Lamb chop, itulah satu2 nye menu yang sy x pernah buat..dan saya perlu menggunakan kaedah belasah,,try and error, dan saya percaya memang manusia akan buat silap dan salah, dari kesilapan kita belajar menyesal, dan dari perasaan menyesal..kita belajar mengakui dan membaiki kesilapan dan kesalahan itu.. Mula proses Lamb chop, dengan mengadun perapan, mesin bawang merah, bwh putih, halia, tuang kedalam bekas perapan kambing, mesin/tumbuk lada putih, tuang sos lada hitam, kicap manis, sos tiram,BBQ sos (ganti HP sos) gula...semua digaul, dan dengan selamba merasa..takde ewww-ewww, nak jadi pro...mentah2 pon...

22.12.12 - Aquaria KLCC

Image
22.12.12 - Pertama kali menjejak kaki ke Aquaria KLCC dengan ngah and anak2 buah...pengalaman melihat kehidupan laut..tidak dapat diving ke laut luas sebenar, di Aquaria pon kita masih membuka minda mengenal alam dasar laut

12.12.12

Image
  Saya bukan lah orang yang excited dengan tarikh2 yang cantik dan jarang2 boleh ada..tarikh itu pada saya sama seperti semalam atau esok punye tarikh..fungsinya tetap sama..   Tapi pada 12.12.12 yang lalu pertama kali saya sampai ke puncak menara KL..excited kah?..saya bukan lah orang yang mudah untuk berexcited dengan sesuatu..sekadar untuk kenangan sendiri..dicoretkan juga pengalaman yang pertama kali dalam hidup setelah 30 tahun, untuk merasa naik KL tower..even pengalaman rombongan sekolah pon x pernah...bila diri sudah bekerja kemampuan kewangan sudah dimiliki sendiri...diri terasa bebas untuk mengumpul sebanyak mungkin pengalaman hidup walaupun dari perjalanan sekecil ini...pakai duit sendiri berjalan sendiri, dan sesungguhnya Al-quran mengajar kita untuk mencari kebenaran dengan "berjalan diatas muka bumi" atau dengan mengembara atau bermusafir dan pada saya lone ranger itu mengajar kita erti keberanian..Alhamdulillah 'ala Kulli hal   ...

Kesempurnaan yang tidak wujud...

Image
Kesempurnaan itu milik Allah.. Tidak layak kita untuk menilai orang, keadaan, atau suatu perkara dengan penyataan sahih bagaimana sepatutnya atau sebetulnya orang, keadaan atau suatu perkara itu..pada penilaian manusia yang kerdil ini tiada apa yang tepat..hanya Allah yang berhak untuk menilai sesuatu itu adakah ianya terbaik.. Jika ada orang mengatakan kita manusia yang bersalah, kalah , berdosa...tetaplah berusaha untuk menunaikan kewajipan kita sebagai hamba Allah, jangan sesekali kita berhenti hanya kerana kita rasa kita sudah di 'neraka' kan oleh manusia. Dalam 10 amalan yang kta buat, tetap lah yakin Allah itu maha penyayang untuk menerima amalan kita walaupun 1 dari 10. Bila kita dihukumkan sebagai 'orang yang berdosa' atau 'ahli neraka', ingatlah kita masih lagi dalam spektrum untuk sentiasa beringat yang kita ada 'tugas' untuk mengejar amalan-amalan yang baik, kerana kita sedar kita 'orang yang berdosa'...sedang bagaimana pula d...

Bermulanya zina...

Image

Maafkan aku...

Image
Kita semua selalu fikir mahu sentiasa kaya.. Kita semua selalu fikir mahu sentiasa cantik.. Kita semua selalu fikir mahu sentiasa seronok.. Kita semua selalu fikir mahu pergi luar negara..mengumpul gambar2 kemegahan untuk diupload di Facebook Kita semua selalu fikir mahu makan makanan enak di hotel2 mewah.. Kita semua selalu fikir mahu sentiasa bergaya dengan jenama2 terkenal... Kita semua selalu fikir mahu hidup bahagia dengan pasangan yang cantik, hensem, dan kaya Kita semua selalu fikir mahu glamour dan dikenali semua orang.. Tapi..pada mereka semua hanya selalu fikir untuk sekadar dapat tidur lena dalam tanah air yg bebas Maafkan aku wahai saudaraku palestian..aku lupa akan kamu, semoga aku mampu membantumu walau usaha sebesar kuman..  

Daku mengembara..

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. “DIAlah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula” (al-Mulk, ayat 15)   Selama hidup 30 thun ni...ini pertama kali jejak kaki ke Negeri Perlis Indera Kayangan...saya tinggalkan sejenak serabut kerja dan perkara dunia yang lain..untuk satu pengalaman hidup.."alahai..apelah sangat perlis..aku ingat hg ronda eropah"...xpelah..yg pasti ianya tetap pengalaman berharga terutama bersama sahabat baik cik xane and family..hehehe   (Pandangan sawah padi..sama jugak mcm di Selangor..cuma di utara ni gunung and bukit lebih jelas pandangannya) Sepanjang perjalanan kami berkongsi cerita dan pengalaman, bukan selalu berjumpa, semuanya kerana kesibukan memenuhi tuntutan hidup dan kerja , berkongsi makanan dan kesukaan,berbual, berhujah, bersetuju dan berbeza pendapat, itu semua proses untuk m...