Daku mengembara..


Bismillahirrahmanirrahim..

“DIAlah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula” (al-Mulk, ayat 15)
 

Selama hidup 30 thun ni...ini pertama kali jejak kaki ke Negeri Perlis Indera Kayangan...saya tinggalkan sejenak serabut kerja dan perkara dunia yang lain..untuk satu pengalaman hidup.."alahai..apelah sangat perlis..aku ingat hg ronda eropah"...xpelah..yg pasti ianya tetap pengalaman berharga terutama bersama sahabat baik cik xane and family..hehehe
 
(Pandangan sawah padi..sama jugak mcm di Selangor..cuma di utara ni gunung and bukit lebih jelas pandangannya)
Sepanjang perjalanan kami berkongsi cerita dan pengalaman, bukan selalu berjumpa, semuanya kerana kesibukan memenuhi tuntutan hidup dan kerja , berkongsi makanan dan kesukaan,berbual, berhujah, bersetuju dan berbeza pendapat, itu semua proses untuk mematangkan pemikiran, of course susah nak dirasai diruang kerja yang terhad dengan rakan-rakan sekerja yg lebih memilih untuk mengurung diri dengan kerja dan pegangan hidup masing2..
 
 
 
Berjalan-jalan, cuti2 atau mengembara tak kira la dalam negeri atau oversea, yang penting ianya membuat kita berfikir dan merenung kembali byk perkara yg dilihat dan menilai byk perkara yang dipegang. Ramai para imam juga mengubah pandangan mereka disebabkan perubahan tempat seperti al-Imam al-Syafi'e yg mengubah fatwa-fatwa beliau di Iraq bila melihat keadaan baru di Mesir.


 
Gambar Kiri:Timah Tasoh Kanan: Laluan ke Gua Kelam



Coretan pengalaman saya ini untuk saya sendiri saje, untuk proses membuka minda, dan bagaimana saya membuat penilaian baru tentang kehidupan ...WaAllahuAlam



Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni