25.12.12 - belasah,redah, gamble, bantai..itu lah aku


25.12.12 cuti krismas, say jemput along,ngah, akak, uda, andak sekeluarga, si bujang jaja, adib , shuib bersama-sama mak and abah makan2 dirumah, menu Lamb Chop, nasi goreng cina, whipped potato, fruit cream desert..selain ade kuih apam , pau, seri muka, dan kek, sempena cuti saje2 berkumpul. Seorang diri dirumah maka saya terpaksa main belasah, redah , bantai dan gamble je buat Lamb chop, itulah satu2 nye menu yang sy x pernah buat..dan saya perlu menggunakan kaedah belasah,,try and error, dan saya percaya memang manusia akan buat silap dan salah, dari kesilapan kita belajar menyesal, dan dari perasaan menyesal..kita belajar mengakui dan membaiki kesilapan dan kesalahan itu..

Mula proses Lamb chop, dengan mengadun perapan, mesin bawang merah, bwh putih, halia, tuang kedalam bekas perapan kambing, mesin/tumbuk lada putih, tuang sos lada hitam, kicap manis, sos tiram,BBQ sos (ganti HP sos) gula...semua digaul, dan dengan selamba merasa..takde ewww-ewww, nak jadi pro...mentah2 pon kene rasa la kan...muahaha

Setelah marinate...masakan dalam periuk, disebabkan dapur bujang, periuk belanga besar memang xde..satu-satunya periuk yang wujud didapur adalah periuk kuah yang permukaannye sebesar muka saya je, sedang kepingan2 kambing sebesar lengan setiap keping...maka saya guna kan kuali untuk meloyong 10 keping kambing yg sudah dimarinate...saya masakkan kambing marinate dengan air2 perapan dan dicampur sedikit air coke - kenapa coke? sbb itulah experiment yg sy pernah tgk untuk mengempukkan daging,nah skrg la masa untuk mencuba... berjaya atau tidak daging kambing diempukkan?..berani buat berani tanggung la kan...

Setelah dimasak..kepingan2 kambing tadi diletak dalam tray pembakar untuk dicampak ke Oven..yg ini sekadar untuk garing2 kan je..dan air perapan yg dimasak itu digunakan untuk membuat sos lamb chop...sy x tahu nama panggilan sos tuh..tapi dimana2 restoran western yg ada menu lamb chop mesti bagi sekali sos hitam2 tuh kan (brown sos kot..name dia)..yg tuh lah sy nak buat seterunsya..

Panaskan periuk masukkan margerin, tumiskan bawang merah dan bawang putih yg diricih halus, Air perapan itu diblender bersama2 cendawan butang, dan ape yang diblender masukkan dalam periuk yg menumis tadi, masakkan dan cuba2 lah rase..kalo perlu tambah sos lada hitam, kicap manis ke..main2 rasa skit...then masukkan sekali oregano and mix herbs untuk bau, rasa yg menyelerakan..

Untuk fruit creamy desert yang saya main2 reka dan belasah tuh sy buat menggunakan Whipping cream dairy cream, dipukul sampai kembang, gula aising, dan sedikit esen vanila...rasenye mcm aiskrim...dimakan dengan buah-buahan...



Kiri: Kepingan kambing sedia untuk dibakar, Kanan, dapur bujang yg kecik, tapi Alhamdulilah disini lah tempat setiap isi perut diadun


Kiri: Sos lamb chop, kambing bakar, nasi goreng cina, Kanan: Desert yg direka sendiri, sy x tahu namanya..tapi pernah makan dekat hotel jugak..


whipped(btulke ejanye ni..hihihi) Potato..biasa jupe kat KFC.

Alhamdulilah 'Al Kulli hal...bersyukur dapat berkumpul dengan keluarga, inilah antara nikmat besar yang Allah kurniakan pada saya...saya bahagia, saya gembira, dan segala energy positif menyelinap masuk kedalam badan untuk membentuk kekuatan dan semangat dalm hidup. Kalau kita berduka..ingatlah Allah uji kita sedikit dugaan, itupon kita nak merungut macam2...sehingga x lalu nak makan, tdo x lena..menyakikan badan dalam dan luar..sedang byk lagi tugasan yg perlu dilaksanakan..sebagai hamba Allah untuk beribadat, sebagai manusia untuk sentiasa kuat memberi manfaat kepada org lain..sebagai anak dan lain2...

Ingatlah apa yg Allah S.W.T dah bagi kat kita...ianya lebih banyak dan tak terhitung dari dugaan dan ujian yg Dia beri pada kita..Biar x kaya, x hot, x glamer...ianya x menghalang kita dari byk memberi pada org lain..InsyaAllah..WaAllahua'lam...



Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni