Kesempurnaan yang tidak wujud...



Kesempurnaan itu milik Allah..
Tidak layak kita untuk menilai orang, keadaan, atau suatu perkara dengan penyataan sahih bagaimana sepatutnya atau sebetulnya orang, keadaan atau suatu perkara itu..pada penilaian manusia yang kerdil ini tiada apa yang tepat..hanya Allah yang berhak untuk menilai sesuatu itu adakah ianya terbaik..

Jika ada orang mengatakan kita manusia yang bersalah, kalah , berdosa...tetaplah berusaha untuk menunaikan kewajipan kita sebagai hamba Allah, jangan sesekali kita berhenti hanya kerana kita rasa kita sudah di 'neraka' kan oleh manusia. Dalam 10 amalan yang kta buat, tetap lah yakin Allah itu maha penyayang untuk menerima amalan kita walaupun 1 dari 10.

Bila kita dihukumkan sebagai 'orang yang berdosa' atau 'ahli neraka', ingatlah kita masih lagi dalam spektrum untuk sentiasa beringat yang kita ada 'tugas' untuk mengejar amalan-amalan yang baik, kerana kita sedar kita 'orang yang berdosa'...sedang bagaimana pula dengan manusia yang didunia lagi sudah mengesahkan diri mereka 'ahli syurga' atau 'orang yang tidak berdosa'?..adakah sudah ada kepastian pengakhiran hidup mereka didunia ini macam mana?..islam hari ini..sudah terjamin kah kita, kita masih kekal islam esoknya.?

YaAllah jadikan hambamu ini mati dalam islam..
YaAllah jadikan hambamu ini berasa 'aku penuh dosa'
YaAllah jadikan hambamu ini terus hanya mengharap penilaian dariMu dari penilaian manusia..
YaAllah jadikan hambamu ini berasa cinta akan ilmu..
YaAllah jadikan hambamu ini jauh dari berprasangka sesama manusia..
YaAllah jadikan hambamu ini mudah memaafkan sesama manusia..
YaAllah jadikan hambamu ini jauh dari memandang rendah pada orang lain..
YaAllah jika hambamu ini masih dipenuhi dosa sehingga akhir hayat ku...berikan aku kekuatan untuk aku memberi manfaat dengan ikhlas pada orang yang  berada sekelilingku demi agama Islam..


Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni