Posts

Showing posts from 2009

CAST on IMAGE uniqueidentifier Type

// This Statement will use in Export Data>> x sangka berjaya buat select CAST(SupportingDocID AS VARCHAR(1000)) AS SupportingDocID ,usertransactionID,SupportingDocDescription, CAST(SupportingDocFile AS varbinary(1000)) As SupportingDocFile ,SupportingDocContentType,SupportingDocBusRegNo,SupportingDocCode,SupportingDocSubmitDate, SupportingDocReceivedDate,SupportingDocTotalPage,SupportingDocFileName,CreatedDate from dbo.ROCSupportingDoc where usertransactionid='93002'

Hukum Hadiri Walimatul 'Urus:

Rasulullah SAW bersabda; “Hak muslim pada muslim yang lain ada enam yaitu: (1) Apabila bertemu, berilah salam padanya, (2) Apabila diundang, penuhilah undangannya, (3) Apabila dimintai nasihat, berilah nasihat padanya, (4) Apabila dia bersin lalu mengucapkan ’alhamdulillah’, doakanlah dia (dengan mengucapkan ’yarhamukallah’), (5) Apabila dia sakit, ziarahilah dia, dan (6) Apabila dia meninggal dunia, iringilah jenazahnya.” (HR. Muslim) Daripada hadis di atas, hukum memenuhi undangan seorang muslim adalah disyariatkan, tanpa adanya perselisihan di antara para ulama. Namun hal ini dengan syarat: (1) Orang yang mengundang adalah seorang muslim (2) Orang yang mengundang tidak terang-terangan dalam berbuat maksiat (3) Tidak terdapat maksiat yang tidak mampu dihilangkan dalam acara yang akan dilangsungkan. Majoriti ulama berpendapat bahwa undangan yang WAJIB dipenuhi hanya undangan walimatul 'urus. Sedangkan undangan selain walimah hanya dianjurkan (tidak wajib) untuk dipenu...

Malaikat ** Syaitan ** Manusia

Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....** Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz** Manusia - Nak makan, laparlah ??** Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....** Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..** Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?** Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..** Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!** Manusia - Alamak, dah lewat!** Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.. ** Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?** Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..** Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan** Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.** Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...** Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !** Syaitan - Perg...

Gadis melampau menerima padah

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak...

Dimana Bumi Dipijak..

H**** tempat saya mencari rezeki, tapi saya redha jika saya perlu pergi, rezeki ada dimana-mana. Kerja apa pun sama, yang penting usaha dan ikhtiar untuk membuat yang terbaik. Setiap orang ada disiplin hidup masing-masing. Ada ketikanya, disiplin kita tidak dapat diterima oleh orang lain, maka ketika itu berlaku saya akan pergi...Tiada paksaan untuk orang lain menyesuaikan diri dengan diri kita, tetapi kitalah yang perlu sesuaikan diri dengan keadaan. Saya bukan orang yang kuat untuk mempertahankan sesuatu walaupun ianya patut.

Rahsia Di sebalik Jenis Darah / Hari Kelahiran

Jenis darah A Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai Darah-darah lain sila lawati : http://pakarhowto.com/rahsia/ hehehe..saya just amek darah saya saje.. Lahir Hari SELASA (//X semua betul pada masa sekarang, tapi yg buruk untuk masa depan harap dpt dielakkan...) •Tabiat wanita ini su...

Faisal Tehrani: Lintasan Hati

Lama saya berada di hadapan komputer ini, memikir untuk menulis entri ini. Akhirnya saya memutuskan untuk menulisnya, dan kemudian lama pula saya memikirkan samada perlu untuk menerbitkannya. Dan kerana tuan-tuan dapat membacanya, ia bermakna saya memutuskan untuk menerbitkannya. Saya manusia biasa. Jadi ada lintasan hati. Saya masih ingat pada hari seorang penulis muda bernama Khairun Nasriah memberitahu saya yang Mufti Perlis (sekarang bekas), Dr Mohd Asri Zainal Abidin 'menuduh' saya syiah. Bingung sekejap saya. Kerana serta merta nostalgia saya di Kolej Islam Kelang (sekarang KISAS) kembali. Beliau antara naqib yang saya kagumi. Malah saya pernah mengekornya ke Taman Melewar untuk berusrah secara rahsia dengan Ustaz Yahya Othman, Ustaz Yaacob Hussain dan ramai lagi. Dalam hati saya memikir, masakan ustaz Asri serkap jarang seperti ini. Apatah lagi keluarga isterinya mengenal ibu bapa saya selaku aktivis sebuah parti di Melaka. Akan tetapi bila saya dihubungi oleh '...

Dua beranak kena 69 pertuduhan (exTeacher and exClassMate)

Dua beranak yang merupakan pengarah Syarikat Buluhmas Enterprise Sdn Bhd semalam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen berasingan di Klang bagi 69 pertuduhan terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram melibatkan RM22 juta. Azmi Ame Hamzah, 26, menghadapi 38 pertuduhan melakukan kegiatan itu dari 3 Mac 2008 hingga 6 Jan tahun ini manakala bapanya Ame Hamzah Mat Atar, 51, menghadapi 31 pertuduhan melakukan kegiatan itu dari 15 Mei 2008 hingga 6 Jan lepas, mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001. Mereka berdua yang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu didakwa menggunakan hasil daripada kegiatan itu untuk membeli sijil simpanan premium Bank Simpanan Nasional, membeli beberapa rumah kedai di Kedah dan Terengganu, membayar deposit kenderaan dan kereta mewah, membeli unit-unit amanah dan sebuah banglo di Terengganu. Azmi juga menghadapi dua lagi pertuduhan iaitu menerima deposit tanpa lesen yang sah dari 14 Dis 2006 hingga 13 Okt 200...

Fanatik (dr blog Faisal tehrani)

Saya tertarik dengan pandangan Tun Dr Mahathir (bukan mengenai gear box) bahawa umat Islam mestilah menghindarkan sikap fanatik terhadap mazhab dan pemimpin agama. Kefanatikan terhadap mazhab dan kumpulan tertentu katanya, mengakibatkan persengketaan sesama Islam, sehingga berlaku bunuh membunuh. Beliau membawa contoh apa yang menimpa pengikut ahlus sunnah wal Jamaah dan syiah di Timur Tengah (khusus Iraq). Tun Mahathir turut mengambil kesempatan 'membantai' sikap penyokong PAS yang percaya kepada dakwaan pemimpin mereka bahawa mengundi PAS dapat masuk syurga. "Tetapi (oleh kerana) ketua dia kata, mesti ikut. Ini masalahnya, setia pada pemimpin sampai kita tidak soal dia, betul atau tidak. Sebab itu kita lihat, ada (ajaran) Ayah Pin, Ashaari Muhammad dan Rasul Melayu. Bila ada seorang kata (sesuatu), jangan tanya, terima saja. Jadi banyak yang jadi fanatik." Dalam hal ini saya kira saya bersetuju dengan Tun Mahathir. Memang saya meluat dengan sesetengah ahli PA...

Fakta Gempa Bumi - Adakah Kebetulan?

Image
Fakta Gempa Bumi - Adakah Kebetulan? Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Cuba lihat Al-Quran, demikian sms yang beredar atau emel yang diterima. Siapa pun yang membuka Al-Quran berdasarkan fakta tersebut, pasti akan merasa kecil di hadapan Allah SWT. Demikian ayat-ayat Allah SWT tersebut: 17.16 (QS. Al Israa' ayat 16) : Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya. 17.58 (QS. Al Israa' ayat 58) : Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz). 8.52 (QS. Al Anfaal: 52) ...

Prejudis

Bagaimana mahu bercakap tentang 1 malaysia? adakah ianya cukup sekadar membicarakan penyatuan antara melayu, cina, india. Penyatuan ke?..or perpaduan? penyatuan atau perpaduan yang bagaimana?. Melihat skop yang lebih dalam lagi, adakah ianya melibatkan penyatuan dan perpaduan dalam setiap kaum dengan setiap kumpulan dalam setiap kaum tersebut?..antara melayu kelantan, melayu terengganu, melayu dalam isu kedaerahan, kenegerian...atau lebih mendalam lagi, perpaduan antara kumpulan dalam setiap melayu dalam setiap negeri?...antara melayu- selangor - jawa, melayu-selangor -banjar, melayu-selangor-bugis, melayu-selangor-kubu...R u sure there is no prejudice antara semuanya? I'm school at area which is melayu-selangor -jawa is majority, i friend easily with them no prejudice, but sometime the fight was happen and suddenly a group is come to be issues...??..hmmph..why so easily it that thing cause a fight.. I'm study at area which is melayu-terengganu is majority during my Diploma...

Produk YASIN terkini Di Pasaran

Image
Naskhah Yasin Beserta Tahlil dan Do'a Edis Perak  Ciri- Ciri Istimewa Beserta dengan kod warna panduan bacaan Hasil gabungan dan penyelidikan terhadap mushaf bertajwid yang sedia ada. Huruf dan baris yang jelas dan seragam Waqaf ayat pada pada setiap akhir muka surat Terjemahan surah yasin per-kalimah Wirid tahlil,selawat dan doa-doa pilihan dari al-quran & hadith berserta terjemahan per-ayat Mempertingkatkan kualiti bacaan dan kefahaman membantu dalam pengajaran & pembelajaran tajwid &bahasa arab. Yang pertama seumpamanya keluaran tempatan. Rekabentuk kulit mengikut citarasa anda (300 naskhah)    Saiz 5.8" X 8.3" (A5) 60 Muka Surat Berwarna Harga Jualan RM8.00 Sahaja Edis Emas   Ciri- Ciri Istimewa Beserta dengan kod warna panduan bacaan Hasil gabungan dan penyelidikan terhadap mushaf bertajwid yang sedia ada. Huruf dan baris yang jelas dan seragam Waqaf ayat pada pada setiap akhir muka surat Terjemahan surah yasin p...

Malunya seorang Wanita Islam

MALUNYA WANITA DALAM QURAN Didalam al-Quran disebut kisah dua anak Nabi Syuaib as dengan Nabi Musa as. Firman Allah swt: "Salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib as berjalan untuk menemui Nabi Musa dengan penuh rasa malu" (25 : al-Qasas) Dalam tafsir Sofwatut Tafasir menyatakan anak perempuan Nabi Syuaib as datang sambil menutup mukanya dengan pakaiannya. Anak Nabi Syuaib as ini datang berjumpa dengan Nabi Musa atas arahan ayahnya yang sudah uzur. Pengajaran: Wanita yang mempunyai urusan dengan lelaki hendaklah berjumpa dengan penuh rasa malu dan adab yang tinggi. MALUNYA WANITA DALAM SUNNAH كان صلى الله عليه وسلم أشد حياء من العذراء في خدرها "Nabi saw tersangat malu lebih dari malunya anak dara yang berada disebalik tirainya." (Hr Ahmad -sahih) Dalam hadis menunjukkan kepada malunya seorang wanita terutama anak dara. Ia sepatutnya tidak mempamirkan diri kepada yang bukan mahramnya tanpa keperluan. KISAH MALUNYA SEORANG ...

Nilai Insan seorang Doktor

Rujuk Berita Bertajuk: Nasib pelajar Malaysia di Padang: Apa kata mereka Menonton berita pagi TV3 pkul 7 pagi (rutin sebelum pergi kerja), seorang pelajar perubatan malaysia di universiti andalas, menyatakan kegusaran untuk kembali belajar di universitinya akibat fasiliti pembelajaran yang rosak teruk, membuat aku terpikir, kenapa..begitu? wahai bakal2 doktor pulanglah kesana..pelajari sesuatu yang tidak akan kamu temui di bumi malaysia ini, rasai lah cabaran sebagai seorang doktor sebenar, dengan keadaan bencana yang berlaku di Padang itu sepatutnya menjadi satu peluang kepada bakal2 doktor mempraktikkan ilmu perubatan mereka dan belajar erti nilai insan dalam diri seorang doktor..kalian bukan perlukan sangat fasiliti sebuah laptop, fasiliti sebiji server HP atau rangkaian network untuk mempraktikkan ilmu2 peubatan kalian, juga tidak memerlukan buku-buku undang2 atau perniaagaan dari library yang ranap habis diuniversiti kalian, apa yang kalian perlukan iala...

Penipuan Kerap Dalam Perniagaan, Kerjaya, Universiti & Sekolah : Awasinya

Oleh Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ Soalan Assalamualaikum wrt wbh, Al-fadhil ustaz, saya pernah memohon pekerjaan di sebuah syarikat dan syarikat menetapkan jika saya mempunyai sijil, maka gaji minimum yang akan saya terima adalah sebanyak RM xxxx, jika saya mempunyai pengalaman tapi tidak punyai sijil, gaji minimum bermula dari RM xxx , sekiranya saya tidak punyai kedua-duanya, gaji bermula dengan RM xxx. Sya tiada sijil, tapi bolehkah saya meletakkan dalam resume saya pengalaman-pengalaman yang tidak pernah saya perolehi demi untuk memulakan kerja dengan gaji yang tinggi sedikit?. Satu lagi, ada rakan-rakan saya yang membeli sijil-sijil sarjana muda dari ejen-ejen tertentu. Ia sememangnya keihatan asli, adakah ianyaa dibenarkan? Al-Hulu Jawapan Saya kira jawapannya adalah cukup mudah untuk dijawab bagi pembaca web saya ini. Sudah tentu ia diharamkan oleh Islam kerana apa yang dilakukan adalah termasuk dalam bab penipuan. Bentuk penipuan sememangn...

APA SEBENARNYA TERJADI DI IRAN?

      by Hishamuddin Rais Salah kalau kita mengatakan bahawa tunjukan perasaan di Tehran dan kota-kota lain di Iran sebagai protes hanya tentang pilihanraya sahaja. Hakikatnya Mahmoud Ahmadinejad telah menang. Juga salah untuk mengatakan bahawa tunjuk perasaan ini antara golongan liberal yang menentang golongan konservatif alias kolot. Hakikatnya kedua-dua kumpulan yang sedang bertelagah sama-sama mewakili theocracy yang kolot. Mir Hossein Mousavi sebelum ini pernah menjadi perdana menteri dari 31 Oktober 1981 hingga 3 Ogos 1989. Kemudian jawatan perdana menteri dilupuskan. Memang betul Amerika Syarikat semenjak dari zaman George W Bush menganjurkan dan mengeluarkan dana untuk membuat kerja-kerja jahat terhadap Iran. Amerika Syarikat menyokong kumpulan-kumpulan dan parti-parti politik yang menentang kerajaan di Tehran. Ia memang tugas kuasa imperial Amerika Syarikat. Tetapi Mousavi dan Ahamadinejad tidak pro-Amerika – ini amat jelas. Mereka bukan bone...

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Di masa sekarang kalau survey, aku rasa ramai orang nak kerja gomen. Gaji makin bagus, cuti 2 hari hujung minggu, hal ehwal perubatan terjaga, overtime pon boleh buat, dan bagi sesetengah professional (Doktor/ Engineer/ Arkitek/ Lecturer/ akauntan) mungkin ada kelonggaran untuk kerja Consultancy luar ataupun di pinjamkan kepada mana-mana badan berkanun/GLC. Naik pangkat pon mungkin lebih senang bagi generasi professional yang baru (kurang 10tahun berkhidmat) sebab banyak kekosongan jawatan kanan dan ramai jugak professional tua yang berhenti dari kerja gomen. Ini aku cakap pasal professional, bukannya yang kerja bawahan. Kalau kerja bawahan pulak, memang kerja gomen lagi terjamin masa depan bagi yang tidak bercita-cita tinggi. Nak minta loan bank pon, sekarang ni guna payslip gomen lagi laku. Hell, aku rasa bukan saja Melayu, bukan Melayu pon minat kerja gomen. Cuma apsal tak ramai bukan Melayu dalam gomen mungkin kerana beberapa perkara, antaranya policy pengambilan kakitangan, ata...

Top 10 Technology Careers

As technology stocks waned in the last few months of the 20th Century, some analysts worried that technology degrees wouldn't be as valuable as they had been during the "dot-com bubble." They couldn't have been more wrong. It's not just industry heavyweights like Google and Apple who are acquiring new real estate to house all their new hires. Employers from nearly every market sector imaginable are luring technical professionals with competitive salaries, perks, and bonuses. With large companies taking their IT in-house and small businesses relying on outsourced providers, it seems that everyone in the world wants to hire technology professionals. According to government statistics, these ten jobs show the most promise over the next decade: 1. Information Systems Manager Though the exact daily duties may differ from employer to employer, information systems managers determine the overall technology strategies for major companies. By combining information t...

Minta pertolongan Allah dengan sabar dan solat

Oleh: DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRIIBN Jauzi di dalam tafsirnya Zad al-Masir berkata: Sebab turunnya ayat ini ialah orang musyrikin berkata; Muhammad akan pulang dan kembali kepada agama kita sebagaimana kembali kepada kiblat kita. Inilah juga pendapat Qatadah.Allah berfirman, Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah: 153)Firman Allah, Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang. Ibn `Abbas berkata: Minta tolonglah atas menuntut akhirat dengan kesabaran dalam menunaikan segala fardu dan dengan solat.Kita akan memperincikan dua jenis permohonan yang disebut oleh Allah iaitu kesabaran dan solat. Justeru akan diperincik...

Zaman Ku..

Setiap Zaman ada cetusannya sendiri..bukan menidakkan pandangan individu yang berlainan zaman dengan aku, cuma setiap orang ada pengalaman hidup masing-masing, dan setiap kita perlu untuk membuat keputusan sendiri seterusnya bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat. Percayalah untuk mendapat sesuatu yang spesifik memerlukan pengorbanan yang spesifik. Hidup perlukan cabaran, cabaran itulah kehidupan, seterusnya kita mohon dari Allah dari kelemahan dan kesusahan menghadapi cabaran hidup. Bukan kah menyukai cabaran itu satu cara untuk belajar erti sabar dan tenang, Dan diamnya manusia itu bila mana dia dalam kesusahan akan kembali sujud dan berdoa kepada Allah Firman Allah, Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang. Ibn `Abbas berkata: Minta tolonglah atas menuntut akhirat dengan kesabaran dalam menunaikan segala fardu dan dengan solat.....

Isu UPTREND from www.zaharuddin.net

KOMEN Ingatan saya sekali lagi buat semua secara umum Nabi SAW mengingatkan kita bahawa : إن لكل أمة فتنة , وفتنة أمتي المال Ertinya : "Sesungguhnya bagi setiap umat itu cabaran dan ujian, dan ujian bagi umatku adalah harta" ( Riwayat At-Tirmizi, no 2337 ; Ibn Hibban , Al-Hakim : Sohih menurut Al-Hakim dan disepakati Az-Zahabi. Hasan Menurut Tirmidzi) Al-Qaradawi mengatakan, godaan harta bukan pada mengumpul dan mendapatkannya melalui cara yang halal dan menjaga kewajiban agama, tetapi adalah dalam ke'gila'aan mendapatkannya, mencarinya dan menyimpannya walaupun dari jalan yang haram. Selain itu, ia juga tidak endah untuk membelanjakannya walaupun dengan cara yang haram asalkan berbaloi menurut aqalnya, tiada pertimbangan halal dalam hatinya. Sebagaimana yang digambarkan oleh Allah, salah satu tanda kehilangan keberkatan dalam perolehan harta adalah :- أَن كَانَ ذَا مَالٍ وَبَنِينَ , إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ Ertinya : Kerana ...

Sehampar ambal tabriz

Oleh Najibah A. Bakar IAMBAL berwarna terang yang disangkut di dinding ruang tamu bercat pic, kutatap tanpa berkedip. Kubetulkan letak kaca mata supaya ruang pandangku lebih jelas. Beg pakaian yang kusandang, berlapik blaus oren berbunga halus dan selendang warna senada, tiba-tiba terasa berat. Ceria yang menguasai diri sejak melihat mata Su Aida selepas tiga tahun tidak bersua di Lapangan Terbang Bayan Lepas, hilang begitu sahaja. Entah bagaimana ambal ini menghias manis ruang tamu kediaman Su Aida. Dadaku berdebar-debar menelah, meskipun keyakinanku begitu tebal mengatakan itu ambal buatan tangan gaya Tabriz. Kuteliti warna latar krim yang menonjol dominan, disertai imej turanj di bahagian tengah dan motif bunga-bungaan dan dedaun paut-memaut di bahagian tepi, arabesque yang sering mencairkan jiwa para peminat seni Islam. Gah mempesona kehalusan tangan penenun oriental yang cekal, mengikat simpulan demi simpulan benang raj, adakala sehingga beratus jumlahnya dalam setiap inci persegi...