Jahil - Kpop & Charlie Habedo





Kes muslimah dipeluk Kpop kecoh, kita rasa aib,
Kes pembunuhan charlie habedo dan hinaannya pada junjungan Nabi S.A.W kecoh, kita rasa marah.

Aib kita pada kes peluk Kpop, kerana perlaku itu muslim, tahu dan kenal akan islam, dan siapa junjungan Nabi S.A.W.



Marah kita pada kes Charlie Hebdo yang menghina Nabi S.A.W, kerana pelaku itu kafir , tidak kenal dan tidak tahu akan islam dan siapa junjungan Nabi S.A.W.

P/S: Kalau dinilai dari sudut kejahilan..maka yang jahil itu pada mereka yang mengaku beriman tetapi mereka tetap melakukan kerosakan. Untuk kes muslimah dan K-pop perlu perhatikan perkara seperti syariat, keperluan @ kehendak, fanatik & obses, lalai, dan paling penting sifat malu.WaAllahuA'lam

Kalimat  bodoh  atau  jahil  di dalam al-Qur'an 



Bodoh atau jahil diterjemah daripada kalimat-kalimat yang terbit daripada dua akar, iaitu jim ha lam (j h l) dan sin fa ha (s f h).


1.  j h l  ( kata terbitan - jahil jahalah jahiliyah jahul )



jahil


2:67. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Sesungguhnya Allah, Dia perintah kamu, hendaklah kamu korbankan seekor lembu." Mereka berkata, "Adakah kamu ambil kami sebagai buah ejekan?" Dia berkata, "Aku berlindung pada Allah daripada aku jadi antara orang-orang bodoh."


(mohon perlindungan Allah)


2:273. Bagi orang-orang fakir yang terkepung di jalan Allah, dan yang tidak boleh berpergian di bumi; orang bodoh sangka mereka kaya kerana mereka tidak meminta-minta, tetapi kamu kenali mereka dengan tanda mereka; mereka tidak minta kepada manusia dengan mendesak, dan apa-apa kebaikan kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
6:35. Dan jika palingan mereka membencikan kamu, jika kamu boleh cari lubang di bumi, atau sebuah tangga di langit, untuk datangkan kepada mereka satu ayat (mukjizat) - tetapi, sekiranya Allah hendak, tentu Dia kumpulkan mereka pada petunjuk; maka jangan kamu jadi antara orang-orang bodoh.
6:111. Walaupun Kami turunkan malaikat-malaikat kepada mereka, dan orang-orang yang mati berkata-kata dengan mereka, sekiranya Kami kumpulkan kepada mereka segala sesuatu berhadapan muka, bukanlah mereka yang akan percayai, kecuali jika Allah hendaki; tetapi kebanyakan mereka bodoh


(majoriti bodoh)


7:138. Dan Kami bawa Bani Israil menyeberangi laut, dan mereka datang kepada satu kaum yang bertekun pada patung-patung yang mereka ada. Berkata, "Wahai Musa, buatkan untuk kami satu tuhan seperti tuhan-tuhan yang mereka ada." Berkatalah dia, "Sesungguhnya kamu adalah kaum yang bodoh.
7:199. Maafkanlah, dan suruhlah apa yang baik, dan berpalinglah daripada orang-orang bodoh


(berpaling daripada orang bodoh)


11:29. Wahai kaumku, aku tidak minta harta kepada kamu untuk ini; upahku, tidak lain, hanyalah daripada Allah, dan aku tidak akan usir orang-orang yang percaya; sesungguhnya mereka akan temui Pemelihara mereka. Tetapi aku lihat kamu satu kaum yang bodoh.
11:46. Berkatalah Dia, "Wahai Nuh, dia bukan daripada keluarga kamu; dia adalah amalan yang tidak salih, maka jangan kamu tanya Aku apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya. Aku tegurkan kamu supaya kamu jangan jadi antara orang-orang bodoh."
12:33. Berkata (Yusuf), "Pemeliharaku, penjara lebih aku suka untukku daripada apa yang mereka seru aku kepadanya, dan jika Engkau tidak palingkan daripadaku muslihat mereka, tentu aku akan berkeinginan benar pada mereka, dan aku jadi antara orang-orang bodoh."
12:89. Berkata, "Adakah kamu tahu apa yang kamu lakukan terhadap Yusuf dan saudaranya, ketika kamu orang-orang yang bodoh?"
25:63. Hamba-hamba Yang Pemurah ialah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati, dan yang, apabila orang-orang bodoh berucap kepada mereka, mereka berkata, "Salam",
27:55. Apa, adakah kamu datangi lelaki dengan hawa nafsu (syahwat) bukan perempuan? Tidak, kamulah kaum yang bodoh."


(gay)


28:55. Apabila mereka dengar percakapan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya, dan berkata, "Bagi kami amalan-amalan kami, dan kamu, amalan-amalan kamu. Salamun alaikum! Kami tidak inginkan orang-orang bodoh."
39:64. Katakanlah, "Adakah kepada selain daripada Allah yang kamu suruh aku sembah, wahai kamu orang-orang bodoh?"


(seru selain Allah)


46:23. Dia berkata, "Pengetahuan hanyalah di sisi Allah, dan aku sampaikan kepada kamu apa yang aku diutus dengannya; tetapi aku lihat kamu satu kaum yang bodoh."

jahalah
4:17. Allah hanya terima taubat orang-orang yang buat jahat dalam kejahilan, kemudian dengan segera bertaubat; Allah akan terima taubat mereka, dan Allah Mengetahui, Bijaksana.


(taubat diterima)

6:54. Dan apabila orang-orang yang percayai ayat-ayat Kami datang kepada kamu, katakanlah, "Salamun alaikum (Sejahtera ke atas kamu)." Pemelihara kamu tuliskan (tetapkan) untuk diri-Nya pengasihan, bahawa sesiapa antara kamu buat jahat dalam kejahilan, dan sesudah itu bertaubat, dan membetulkan, maka sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.
16:119. Kemudian, sesungguhnya Pemelihara kamu - bagi orang-orang yang buat jahat dalam kejahilan, kemudian bertaubat sesudah itu, dan membetulkan - sesungguhnya Pemelihara kamu sesudah itu, Pengampun, Pengasih.
49:6. Wahai orang-orang yang percaya, jika orang fasiq datang kepada kamu dengan satu berita, maka telitilah supaya kamu tidak timpa satu kaum dalam kejahilan, dan kemudian jadi sesal daripada apa kamu buat.

jahiliyah
3:154. Kemudian Dia turunkan kepada kamu, sesudah kesedihan, ketenteraman. Tidur nyenyak meliputi segolongan daripada kamu, dan segolongan, diri-diri mereka membimbangkan mereka dengan menyangka terhadap Allah yang tidak benar seperti orang-orang jahiliah sangka, dengan berkata, "Adakah bagi kami sesuatu dalam urusan ini?" Katakanlah, "Urusan adalah kepunyaan Allah seluruhnya." Mereka sembunyikan di dalam diri-diri mereka apa yang mereka tidak nampakkan kepada kamu, dengan berkata, "Sekiranya ada sesuatu bagi kami dalam urusan ini, tidaklah kami akan dibunuh di sini." Katakanlah, "Sekiranya kamu berada di dalam rumah-rumah kamu, orang-orang yang kepadanya pembunuhan telah dituliskan, akan pergi juga sampai di tempat tidur mereka yang terakhir"; dan supaya Allah uji apa yang di dalam dada kamu, dan supaya Dia buktikan apa yang di dalam hati kamu; dan Allah tahu apa yang di dalam dada.
5:50. Adakah putusan jahiliah yang mereka inginkan? Dan siapakah lebih baik putusannya daripada Allah bagi kaum yang yakin?
33:33. Hendaklah kamu tetap di dalam rumah-rumah kamu; dan jangan menunjuk-nunjukkan perhiasan kamu seperti dilakukan orang-orang jahiliah dahulu. Dan lakukan solat, danberikan zakat, dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya. Wahai ahli Rumah, Allah hanya hendak hilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk bersihkan kamu, sebersih-bersihnya.
48:26. Apabila orang-orang tidak percaya letak di dalam hati mereka kebengisan, dengan kebengisan jahiliah, lalu Allah turunkan ketenangan-Nya kepada Rasul-Nya, dan orang-orang mukmin, dan mengikatkan mereka dengan kata takwa, yang mereka lebih berhak dengannya, dan sewajarnyalah; dan Allah tahu segala sesuatu.

jahul
33:72. Kami kemukakan amanat kepada langit, dan bumi, dan gunung-gunung, tetapi mereka enggan memikulnya; dan manusia memikulnya. Sesungguhnya dia sangat aniaya, amatbodoh.





Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni