5 Jenis Nafkah





Nafkah kepada diri sendiri

Hendaklah didahulukan daripada nafkah yang lain. Ia meliputi semua perkara yang diperlukan manusia seperti makan minum, pakaian dan tempat tinggal. Segala perbelanjaan hendaklah diambil dari hartanya sendiri selagi mampu.

Nafkah Usul (ayah atau datuk) kepada furu' (anak atau cucu)



Hadis riwayat Jabir ra., ia berkata:

Seorang dari Bani Udzrah memerdekakan budaknya dengan syarat kematiannya (misalnya dengan mengatakan: Engkau merdeka, jika aku meninggal). Hal itu sampai kepada Rasulullah saw. lalu beliau bertanya: Apakah engkau mempunyai harta lain? Orang itu menjawab: Tidak. Rasulullah saw. bersabda: Siapakah yang mau membelinya dariku? Nu'aim bin Abdullah Al-Adawi membelinya dengan harga delapan ratus dirham. Lalu Rasulullah saw. membawa harga jual budak itu dan membayarkannya kepada orang tersebut (pemiliknya). Kemudian bersabda: Mulailah untuk dirimu, bersedekahlah untuk dirimu. Jika masih tersisa, maka berinfaklah kepada keluargamu dan jika masih tersisa, maka berinfaklah kepada kerabatmu. Bila dari kerabatmu masih tersisa, maka begini dan begini. Ia (Jabir) menjelaskan: Tetangga depanmu, tetangga kananmu dan tetangga kirimu. (Shahih Muslim No.1663)

Nafkah  furu' (anak atau cucu) kepada Usul (ayah atau datuk)

" Dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan baik" (Surah Luqman:15)
"Dan Tuhan telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa" (Surah al-Israk:23)
"Sesungguhnya sebaik-baik harta yang dimakan oleh seseorang lelaki ialah harta yang diperolehi hasil usahanya sendiri dan anaknya adalah hasil usahannya sendiri"'(hadis riwayat Abu Daud)
"Kamu dan harta kamu adalah milik ayahmu. Sesungguhnya anak kamu adalah sebaik-baik hasil usahamu. Oleh itu makanlah (harta) hasil usaha anak kamu" (hadis Riwayat Abu daud)

Syarat wajib nafkah furu' kepada usul:


  • Anak (furu') mempunyai lebihan nafkah untuk keperluan asasi diri dan isteri untuk tempoh sehari semalam.
  • Usul adalah dikalangan orang fakir iaitu dia tidak mempunyai pekerjaan yang boleh memenuhi keperluan asasi atau tidak mampu bekerja kerana telah tua atau sakit.
  • Ibu tidak mendapat nafkah dari suaminya (bapa) samada kerana suaminya tidak mampu atau telah meninggal dunia.

Nafkah suami kepada isteri.



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bertakwalah kepada Allah dalam mengendalikan urusan perempuan (isteri). Kamu mengambil mereka dengan amanah Allah dan kamu menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah. Hak kamu yang wajib ditunaikan oleh isteri kamu ialah tidak membenarkan sesiapa yang kamu benci memijak kakinya ke tempat tidurmu (memasuki rumahmu). Jika mereka melakukannya pukullah mereka dengan pukulan yang tidak terlalu menyakitkan (terlalu mendera). Kewajipan kamu pula ialah memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan baik. Sesungguhnya aku telah tinggalkan kepada kamu satu perkara yang kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang kepadanya iaitu kitab Allah.” (Hadis riwayat Muslim)

Nafkah kepada binatang pemeliharaan & tanaman

Sabda Rasuluulah S.A.W:
"Seorang perempuan telah masuk neraka kerana kucingnya. Dia mengikat kucingnya dan tidak memberinya makan. Dia juga tidak melepaskan kucing itu mencari makan di atas muka bumi sehinggalah kucing itu mati dalam keadaan dahaga."
(Bukhari & Muslim)

Nafkah kepada pokok dan tanaman ialah menyiram dan menjaganya, jika ditebang untuk tujuan pembangunan tanah ia adalah diharuskan dalam syarak.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni