Nasihat Ekonomi





Rujukan:

http://www.beritasemasa.com.my/prof-dr-hoo-ke-ping-kegawatan-ekonomi-malaysia/1
http://www.beritasemasa.com.my/prof-dr-hoo-ke-ping-kegawatan-ekonomi-malaysia/2
http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/10-isu-terbesar-ekonomi-malaysia-2015-dr-nazri-khan
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/31367-ekonomi-malaysia-2015-sangat-mencabar
http://drdzul.com/2014/12/22/cabaran-ekonomi-malaysia-2015-over-to-you-pmf-najib-razak/

Nasihat Prof Dr Hoo Ke Ping Kepada Rakyat Malaysia & Anak Muda



  • Berjimat cermatlah ketika berbelanja terutamanya pelbagai tawaran diskaun dan YES (YEAR END SALE)
  • Tinggalkan tabiat berbelanja barangan yang bukan keperluan dan boros berbelanja pada tahun 2015
  • Elakkan menambah hutang kerana kadar faedah pinjaman bank akan naik tidak lama sahaja lagi. Profesor Dr Hoo Ke Ping menjangkakan kadar faedah mesti akan naik lagi.
  • Jangan sesekali anda beli hartanah untuk tempoh 1,2 tahun daripada sekarang.
  • Ini kerana telah berlaku lambakan rumah sekarang ini. Termasuk projek-projek di bawah skim DIBS apabila pembeli terpaksa mula membayar “bayaran sebenar” disebalik pembelian modal rendah ketika permulaan menempah unit hartanah tersebut 2,3,4 tahun yang lepas.
  • Jikalau anda pergi di sekitar Jalan Awan Kecil, Vista Komanwel, Parklane, The Treez, Seringin Residense, Le Yuan Residence di sekitar lebuhraya KESAS sahaja sekelilingnya sejumlah 20,000 unit apartment telah mula mendapat CF, tetapi berdasarkan statistik yang diperolehinya hanya 10%-20% sahaja yang terisi dek kerana kerana “oversupply”.
  • Bagaimana kalangan pelabur hartanah 2,3 4 hartanah mampu bertahan apabila masih lagi tidak mampu menyewakan unit mereka kepada orang? (Fasa 1)
  • Kemudian apabila pelabur hartanah bertindak mahu menjual unit hartanah mereka, masih tidak pembeli yang berminat (Fasa 2). Profesor Dr Hoo Ke Ping merasakan pelabur hartanah seperti ini akan hannnnncurrrrr.
  • Apabila sudah memasuki fasa 3, Profesor Dr Hoo Ke Ping menjangkakan sekali lagi harga rumah pasti akan turun apabila masalah “oversupply & kenaikan kadar feadah pinjaman yang bakal diumumkan BNM tidak lama sahaja lagi” sepertimana yang berlaku di Singapura dan UK. Dan ramai yang akan muflis selepas itu dek kerana tidak mampu bertahan dengan nilai wang mereka semakin mahal.
  • Apabila harga hartanah akan turun semula, pada masa itu, anak muda boleh beli unit hartanah yang bernilai RM600,000 pada harga RM400,000 sahaja
  • Keyakinan Profesor Dr Hoo Ke Ping bertambah melihatkan unit hartanah di Petaling 8 contohnya di Sri Petaling di bawah pemaju I&P Group Sdn. Berhad yang pernah dijual sekitar harga RM400 lebih psf. Realitinya sekarang anda boleh berunding dengan tuan rumah untuk beli dengan nilai serendah RM350psf untuk keluasan lebih 1000 sf
  • Profesor Dr Hoo Ke Ping menasihatkan terutamanya anak muda, beli unit hartanah apabila ekonomi semakin bertambah baik.
http://www.patchay.com/p/kuala-lumpur-urban-developments.html

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Apa itu subsidi?

Kullu Man Fil Kauni