Nafkah




Definisi Nikah - Mengeluarkan atau menghabiskan. Menurut syarak: semua jenis keperluan hidup manusia seperti makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal.

Kadar Nafkah - Nafkah tidak mempunyai kadar tertentu. Ia hanya berdasarkan konsep cukup, adat kebiasaan dan kemampuan pemberi nafkah. Para ulamak fiqh ada juga menentukan kadar dalam makanan sebagai contoh bagi isteri yangmiskin satu mud beras dan yang sederhana pula satu setengah mud beras dan yang kaya pula dengan dua mud beras. Ada juga ulama yang menyatakan bagi nafkah pakaian bagi isteri sebagai contoh adalah dua pasang (lengkap baju, kain, tudung dan kasut) setahun. Jika lebih ia adalah sunat.




Allah S.W.T telah berfirman dalam Surah an-Nisa' ayat 34:"Lelaki adalah pemimpin bagi perempuan. sebab Allah melebihkan setengah mereka dari yang lain dan kerana mereka (lelaki) memberi belanja dari hartanya (untuk perempuan)"

"Perlu diingat , suami juga tidak boleh menjadikan alasan tidak perlu beri nafkah kerana isteri sudah bekerja. Persepsi itu perlu dibuang kerana isteru hanya berniat untuk menbantu suami, bukan bermakna tanggungjawab itu perlu dilepaskan begitu sahaja" . "Kebiasaanya pengabaian nafkah ini hanya diselesaikan dengan sikap sabar oleh para isteri sahaja" - Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni