Hudud




Melayari Malaysiakini, saya terjumpa artikel (With hudud, will the royalty be exempted? - http://www.malaysiakini.com/news/262506)

Artikel lain yang berkaitan - http://www.tunabdulhamid.my/index.php/speech-papers-lectures/item/702-pelaksanaan-hudud-di-brunei-perbezaan-di-antara-brunei-dan-malaysia

Maka saya teringat kisah ini- Orang quraisy resahmemikirkan kes seorang perempuan yang didapati mencuri semasa Fathumakkah "Siapa yang berani berunding bagi pihaknya dengan Nabi?"

Ada orang yang berkata "Tiada siapa yang berani melainkan Usamah bin Zaid; buah hati Nabi"

Lalu Usamah menyudikan diri dan pergi menghadap Nabi. Setelah beliau menyampaikan hasrat lantas berubah air muka Nabi. Baginda bersabda "Adakah kamu mahu memberi syafaat dalam kes melanggar satu aturan Allah?"

Kemudian Baginda berkhutbah: "Sesungguhnya hancurnya umat sebelum kamu kerana apabila ada orang terhormat dalam kalangan mereka mencuri mereka melepaskannya. Sebaliknya jika orang lemah yang mencuri, mereka terus melaksanakan hukuman. Dan aku demi Zat yang nyawaku ditangan-Nya, kalaulah Fatimah binti Muhammad mencuri sekalipun, pasti akan aku potong tangannya!" (Riwayat Muslim)

WaAllahuaA'lam





Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni