..Petikan dari Tuhan Manusia...

Tolak ansur adalah fitrah kemanusiaan. Pergaduhan dan konflik adalah berlawanan dengan sifat manusiawi.

Surah Al-Mumtahanah ayat 8: “Allah tiada melarang kamu untuk berlaku adil serta berlaku baik terhadap mereka yang tidak memerangi kamu kerana agama dan (terhadap mereka yang) tidak mengusir kamu dari rumahmu. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang adil”


Dianjurkan untuk mendengar pandngan orang lain.

Surah az-Zumar ayat 17 hingga 18, bunyinya..”Sampaikanlah khabar gembira kpepada orang yang mendengarkan perkataan dan mengikuti yang terbaik dari kata-kata itu, mereka itulah orang-orang yang mendapatkan bimbingan Allah: mereka itulah orang-orang yang menggunakan fikiran”.


Islam jelas menolak konsep pluralisme

Surah al-kahfi ayat 4-5 : "Al-Quran ini diturunkan untuk meningatkan mereka yang berkata, Allah itu punya anak. Sebenarnya tiada ilmu pada mereka tentang yang demikian itu,tidak juga pada nenek moyang mereka.Betapa buruknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka. Apa yang mereka katakan itu dusta belaka"

Surah Maryam ayat 88-90:Mereka berkata, Allah Yang Pemurah itu memiliki anak. katakanlah sungguh telah kalian kemukakan sebuah penghinaan yang dasyat! Hampir-Hampir langit terbelah kerananya, bumi membelah dan gunung - ganang berhamburan.

Sikap Allah sangat tegas.Allah mengutus Nabi Adam, Ibrahim, Ismail, Ishak, yaakub, Musa Isa dan Rasullulah S.A.W sebagai utusan terakhir untuk mendakwahkan ketauhidan.

Allah berfirman dalam surah al-Fusshilat ayat 6. Katakanlah:"Bahawasanya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawasanya Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa, maka tetaplah pada jalan yang lurus menuju kepada-Nya dan mohonlah ampun kepada-Nya, dan kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang menyekutukan-Nya.

Allah bertegas lagi dalm surah al-Baqarah ayat 136:Katakanlah; kami beriman kepada Allah dari apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail,Ishak, Yaakub dan anak cucunya, dan apa yang diberikan kepada Musa dan Isa serta apa yang diberikan kepada nabi-nabi dari Tuhannya.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni