Bila diri merasa Putus Asa


(Ketika entry ini dibuat, sy btul2 craving nak mkn udang...udang butter rangup dengan cili berlada panas !! ..nyumm )

Pernahkah kita merasa putus asa atas sesuatu, saya pernah... terlalu banyak rasenye saya merasa putus asa atas sesuatu, tetapi nikmat melawan perasaan putus asa itu lebih awesome dari perasaan menerima hasil atas usaha yang dibuat samada berjaya atau gagal.

Bila kita putus asa biasanye kita memilih untuk tidak membuat apa-apa, kita hanya memilih melayan perasaan dan pemikiran yang mengatakan kita akan gagal. Walaupun ada suara memberi idea untuk mengatasinya, tapi kita lebih rela melayan perasaan putus asa, tanpa kita sedar ianya adalah driven by perasaan ego kerana tidak mahu menerima hakikat kita AKAN gagal. Hakikatnya pada MASA INI, kita berusahalah, ...dan apa yang berlaku pada MASA HADAPAN biarlah ianya ditentukan oleh ALLAH. Yang pasti kita sudah berusaha dan berbanggalah dengan usaha kita, tanpa mengira hasilnya yang akan diterima. Jangan meletakkan harapan terlalu tinggi kerana bila ianya jatuh...sakitnya lebih dalam dirasa.

Ada orang ketika dibangku sekolah menjadi pelajar cemerlang, tetapi bila dewasa kehidupannya tidak menjadi, ada ketika manusia mula berputus asa bila dia melihat kesulitan dalam peluang. Ada pula orang lain ketika dibangku sekolah gagal dalam peperiksaan, tapi bila dewasa kehidupannya penuh kejayaan, kerana manusia ini learn and discover peluang dalam kesulitan. Pada mereka (@ saya sendiri), bila diri merasa putus asa, bangkitlah selesaikan semuanya seperti sepatutnya, jika gagal ulang lagi, ulang lagi...bila dah jadi rutin, kita merasa biasa2 aje kegagalan itu...tp once kejayaan menjelma..kita akan menjadi manusia yang paling bersyukur, jangan malu untuk berkali2 GAGAL...ianya sekadar RUTIN biasa dalam hidup, as long as kita berusaha to pursuit the glory...

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni