Jodoh/ Perkahwinan

Ramai orang berkira-kira bila dipersoal dalam hal jodoh, ada yang berkata, sedang menanti jodoh...ada yang kata nanti dulu la nak pikir...ada yang kata nak enjoy, melancong kemana-mana2 dlu (pompuan bujang le biasanye), ada juga beralasan dengan peribadi diri cth: saya tiada harta, nak ada rumah dlu, malas la, kuat tidur, tak cukup duit..bla..bla... itu semua termasukle dalam kumpulan ALASAN.

Hakikatnya semua orang tahu perkahwinan adalah sesuatu yang melibatkan komitment dan revolusi diri (dr baik ke buruk, dari buruk ke baik..ikutlah). Ianya perubahan dalam diri seseorang, dan semua orang tahu perubahan adalah penciptaan yang paling menakutkan, semua orang takut akan perubahan, kerana tidak tahu apa yang berlaku dihadapan kita, terlalu banyak memikir sehingga kepala hotak konfius..stigma barat + dakyah hindustan yang menular dalam kehidupan manusia juga megundang kekeliruan pemikiran manusia termasukla orang islam. Kita disogok kan dengan perkara-perkara perasaan yang berlebihan, mesti mengahwini orang yang kita sayang, kita suka. Walhal perasaan itu datang dari Allah Taala, hari ini kita suka, esok boleh jadi kita benci, minit ini kita cinta lepas zohor karang kita meluat...sayang boleh hilang sekelip mata, semuanya milik Allah dan atas ketentuan DIA. Kerana ketakutan akan "revolusi" diri dalam perkahwinan, ada yang mengharapkan dengan perasaan sesama pasangan (sama-sama suka) sudah cukup menjamin perkahwinan itu kekal.

Hakikatnya megharapkan perasaan semata-mata untuk menjamin pengekalan mungkin sesuatu yang kurang tepat, perubahan melibatkan penerimaan terhadap keluarga mertua, adik-beradik ipar, perubahan memahami keseluruhan diri pasangan perlu dibuat, berusahalah untuk moving dalam perubahan tersebut, ada yang ego, semata-mata perasaan sahaja yang dibawa, sayang sahaja cukup lah...ibu mertua bukan penting untuk dihormati, adik beradik ipar bukan siapa2 untuk dipeduli, akhirnya pengekalan perkahwinan itu berlandaskan sikap selfish...maka kedengaran dimana-mana sahaja isu kegagalan perkahwinan hanya kerana tidak mampu menerima perubahan berkaitan keluarga dan keseluruhan hidup pasangan masing2. Jika kapasiti perasaan diimbangi dengan rasa amanah terhadap tanggungjawab masing2 sebagai suami dan isteri. Insya-Allah pengekalan tersebut lebih diredhai.

Memetik kata-kata alim:

"Aku tertawa(hairan) kepada orang yang mengejar-ngejar (cinta) dunia, padahal kematian terus mengincarnya,dan kepada orang yang melalaikan kematian padahal maut tak pernah lalai terhadapnya, dan kepada orang yang tertawa lebar sepenuh mulutnya padahal tidak tahu apakah Tuhannya redha dan murka terhadapnya" - Salman al-Farisi (Az-zuhd, Imam Ahmad)

WaAllahu A'lam.

Moral:...Apa yang ada jarang disyukuri,Apa yang tiada sering dirisaukan,Nikmat yang dikecap, Baru kan terasa bila hilang, Apa yang diburu timbul rasa jemu,Bila sudah di dalam genggaman..ITULAH MANUSIA

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni