Tanah Runtuh, Anak yatim, Imam Muda


Menatap laporan berita di Malaysiakini dengan tajuk "Tanah runtuh: 16 terbunuh, 9 selamat.". Sedih rasenye, kerana yang meninggal dunia tuh, kebanyakkannya anak-anak kecil bawah 12 thn. Mengenangkan pulak mereka ini anak-anak yang belajar dimadrasah (atau sbnrnye aku panggil sekolah pondok), menuntut ilmu akhirat melebihi ilmu duniawi. Ada kemungkinan, tidak semua adalah anak yatim (kehilangan ayah @ ibu), ada mungkin mereka adalah anak-anak yang dihantar oleh keluarga untuk anak-anak mereka ditarbiyahkan dengan ilmu ukhrawi yang lebih baik. Apa-apa pun ianya tidak sama dengan bentuk pendidikan formal seperti disekolah kerajaan. Kebanyakkan sekolah pondok seperti itu dibangunkan oleh NGO, atau orang persendirian. 


Jadi bila berlaku musibah ini, tentunya banyak pihak mula melihat perkara2 mengikut kapasiti masing2, sehingga rasenye macam ntahapehape la yang drg persoal, antaranya siapakah yang bertanggungjawab dalam hal ini, ada yang cakap "madrasah bukan bawah mana-mana agensi"(Malaysiakini:Shahrizat: Rumah Al-Taqwa tak berdaftar)...so maksudnya jgn nak kate agensi or kerajaan plak yang salah, ada plak yang cakap..."dun mana ni??..." kwsn pembangkang, negeri pembangkang, kerajaan negeri pembangkang la salah(Malayskini: Kerajaan Pakatan bantu mangsa tanah runtuh)...ada plak kenyataan sepeti tajuk berita "Malaysiakini: Chor: Rumah anak yatim diroboh jika tidak selamat".


Pada aku, tak kisah la kalau dia tak daftar kat mana2 agensi, kalau tul salah..dakwa dengan cara yang betul, tak kisah jugak le kalo nak roboh kalau betul tak selamat...TETAPI, pikirlah mcm mana nak meng"ADA" kan semula madrasah yang mempunyai fungsi yang sama, atau memperbaikinya, kalau perlu didaftarkan bawah mana-mana agensi, proses la dengan btul jgn ada birokrasi, sebab kkdg masalahnye bukan org tak nak daftar, tp sbb byk sgt birokrasinye. Kene plak yang buat-buat sekolah pondok ini biasanya orang perseorangan, kewangan pon hasil derma orang ramai, atau individu2 tertentu (Masa tanah runtuh tuh berlaku dilaporkan mereka bakal menerima derma peribadi dari Ketua Finas). Sgt jarang dengar sekolah pondok / madrasah anak-anak yatim ni dibangunkan oleh jabatan/kementerian.

Nak roboh pon tak kesah, tapi pikirlah mana tempat, lorong, kawasan yang strategi untuk dibangunkan semula madrasah tuh, jangan le dirobohkan saje...Sebab kebanyakkan madrasah ni pun dibangunkan atas tanah wakaf individu2 yang ikhlas..,dah roboh ce try bg tanah free yang strategi untuk dibangunkan semula, kalo tak, mana plak la budak2 yang terselamat tuh nak meneruskan pengajian mereka (kalau bleh biarlah maintain dengan ilmu yang dia dah belajar kat sekolah pondok, mana tahu kat situ memang diajar menggunakan kitab2 salaf, kalau sekolah kerajaan mana la nak ada belajar style tuh, budak sekolah agama sdr pon x belajar mcm tuh).

Sudah tiba, orang tgk semula bagaimana pendidikan atau silibus di sekolah pondok mcm tuh boleh diintegrate kan dengan pendidikan formal yang ditetapkan oleh kerajaan. Kalau boleh biarlah kerajaan bekerjasama dengan individu persendirian yang ikhlas membangunkan sekolah pondok mcm tuh. Diharapkan kelak kita boleh membentuk generasi "imam muda" yang peduli tentang ilmu agama dan dunia

P/S: Al-Fatihah untuk semua mangsa.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Melayu kerja Gomen?

Kullu Man Fil Kauni

Qasidah: Ayyuhal Mushtaq/Ya Ilahal Kawni