Spaghetti Carbonara Mushroom Berkrim


Bahan-bahan ( 3-4 orang )

1/2 bungkus spaghetti (tak kisah apa jenis pun)
1 tin sos carbonara Prego
Sedikit isi ayam atau daging(guna yang kisar punye)
bawang putih (cincang)
bawang merah (cincang)
mushroom butang (dihiris)
1/2 cawan susu segar
Sedikit daun parsley
Garam secukup rasa
lada sulah.


Cara-Cara
  • Rebus spagheti (letak sedikit margerin @ minyak untuk elak melekat
  • Toskan dan asingkan spagheti yang direbus
  • Tumiskan bawang putih dan merah tadi, dah naik masak masukkan daging kisar
  • Masukkan sos carbonara kacau bersama-sama dengan daging tadi.
  • Masukkan mushroom, kacau
  • Jika sudah pekat sikit, masukkan susu segar sedikit demi sedikit sampai ia berkrim
  • Letakkan garam dan lada sulah secukup rasa
  • Untuk hiasan letak daun parsley dan dihidangkan

Comments

Popular posts from this blog

[Khas Wanita] Gangguan Seksual Dan Apa Boleh Dilakukan Jika Menjadi Mangsa?

Apa itu subsidi?

5 Jenis Nafkah