Posts

Showing posts from 2012

Qasidah

Image
YA IMAM AR-RUSLI YA SANADI LIRIK 1   ✿  يَا إِمَامَ الرُّسْلِ يَا سَنَدِي Wahai penghulu para rasul ! wahai sandaranku ✿  أَنْتَ بَعْدَ الله مُعْتَمَدِي Setelah Allah, engkau adalah peganganku ✿  فَبِـدُنْيـَايَ وَآخِـرَتِي Dalam urusan dunia dan akhiratku ✿  يا رسول الله خُذْ بِيَدِيْ Wahai rasulullah! Bantulah aku ✿  عَطْفَـةً يَا جِيْرَةَ الْعَلَـمِ Belas kasihmu wahai yang berjiran dengan Ka’bah ✿  يَا أُهَيْلَ الْجُوْدِ والْكَـرَمِ Wahai keluarga yang bermurah dan mulia ✿  نحنُ جِيْرَانٌ بِذَا الْحَـرَمِ Kami berada berhampiran dengan Kota Haram ✿  حَرَمُ الإحْسَانِ والْحَسَـنِ Kota yang penuh ihsan dan kebaikan ✿  نحن مِنْ قَوْمٍ بِهِ سَكَنـُوْا Kami daripada kaum yang tinggal di Kota Haram ✿  وَبِهِ مِنْ خَوْفِهِمْ أَمِنـُوْا Di dalamnya mereka aman daripada ketakutan ✿  وَبِآيَاتِ الْقُرْآنِ عُنـُوْا Dan oleh ayat-ayat Al-Quran mereka di perhatikan ✿  فَاتَّئِـدْ فِيْنـَا أَخَا الْوَهَـنِ Ma...

The song as ish'ar ila binafsi

Image

Inilah bende paling 'HOT' yg ada buat masa skrg...

Image
Bukan iPad, Samsung Galaxy Note, or Samsung Galaxy Tab.. Bukan juga Nissan ALMERA.. Bukan juga camera canggih Nikon, Canon Bende yang paling 'HOT' untuk aku, kepuasan diri pada tahap pertengahan maximum..kalo maximum sepenuhnya tentulah set BUFFALO dah aku zaaasss rembat..tapi ini 1 jenis berjenama dibeli di IKEA.. Semangat berkobar2 bila berada didapur...bila minyak dipanaskan...bila bawang diricih halus dicampak kedalamnya..shesss!!! berdesir minyak di gauli dengan bawang..perghhh...masak sardin pon rase mcm masak makanan hotel je... Bila bende HOT ni ada...byk le idea kreatif mencurah2 menolak akal untuk dibuat ditambah dengan baki bhn2 yg ade.. -Checked -whipping creame yg dibeli untuk majlis mkn2 25/Dis harituh ade lagi -Checked - Blueberry cream ada lagi dibeli masa buat blueberry cheese tart masa raya haji -Checked - Stok kambing (lamb chop) yg dibuat pd 25/dis ada lagi.. Mari kita fikir nak masak ape dengan bhn2 yg terhad..dan bagi orang agak "Mim"...

25.12.12 - belasah,redah, gamble, bantai..itu lah aku

Image
25.12.12 cuti krismas, say jemput along,ngah, akak, uda, andak sekeluarga, si bujang jaja, adib , shuib bersama-sama mak and abah makan2 dirumah, menu Lamb Chop, nasi goreng cina, whipped potato, fruit cream desert..selain ade kuih apam , pau, seri muka, dan kek, sempena cuti saje2 berkumpul. Seorang diri dirumah maka saya terpaksa main belasah, redah , bantai dan gamble je buat Lamb chop, itulah satu2 nye menu yang sy x pernah buat..dan saya perlu menggunakan kaedah belasah,,try and error, dan saya percaya memang manusia akan buat silap dan salah, dari kesilapan kita belajar menyesal, dan dari perasaan menyesal..kita belajar mengakui dan membaiki kesilapan dan kesalahan itu.. Mula proses Lamb chop, dengan mengadun perapan, mesin bawang merah, bwh putih, halia, tuang kedalam bekas perapan kambing, mesin/tumbuk lada putih, tuang sos lada hitam, kicap manis, sos tiram,BBQ sos (ganti HP sos) gula...semua digaul, dan dengan selamba merasa..takde ewww-ewww, nak jadi pro...mentah2 pon...

22.12.12 - Aquaria KLCC

Image
22.12.12 - Pertama kali menjejak kaki ke Aquaria KLCC dengan ngah and anak2 buah...pengalaman melihat kehidupan laut..tidak dapat diving ke laut luas sebenar, di Aquaria pon kita masih membuka minda mengenal alam dasar laut

12.12.12

Image
  Saya bukan lah orang yang excited dengan tarikh2 yang cantik dan jarang2 boleh ada..tarikh itu pada saya sama seperti semalam atau esok punye tarikh..fungsinya tetap sama..   Tapi pada 12.12.12 yang lalu pertama kali saya sampai ke puncak menara KL..excited kah?..saya bukan lah orang yang mudah untuk berexcited dengan sesuatu..sekadar untuk kenangan sendiri..dicoretkan juga pengalaman yang pertama kali dalam hidup setelah 30 tahun, untuk merasa naik KL tower..even pengalaman rombongan sekolah pon x pernah...bila diri sudah bekerja kemampuan kewangan sudah dimiliki sendiri...diri terasa bebas untuk mengumpul sebanyak mungkin pengalaman hidup walaupun dari perjalanan sekecil ini...pakai duit sendiri berjalan sendiri, dan sesungguhnya Al-quran mengajar kita untuk mencari kebenaran dengan "berjalan diatas muka bumi" atau dengan mengembara atau bermusafir dan pada saya lone ranger itu mengajar kita erti keberanian..Alhamdulillah 'ala Kulli hal   ...

Kesempurnaan yang tidak wujud...

Image
Kesempurnaan itu milik Allah.. Tidak layak kita untuk menilai orang, keadaan, atau suatu perkara dengan penyataan sahih bagaimana sepatutnya atau sebetulnya orang, keadaan atau suatu perkara itu..pada penilaian manusia yang kerdil ini tiada apa yang tepat..hanya Allah yang berhak untuk menilai sesuatu itu adakah ianya terbaik.. Jika ada orang mengatakan kita manusia yang bersalah, kalah , berdosa...tetaplah berusaha untuk menunaikan kewajipan kita sebagai hamba Allah, jangan sesekali kita berhenti hanya kerana kita rasa kita sudah di 'neraka' kan oleh manusia. Dalam 10 amalan yang kta buat, tetap lah yakin Allah itu maha penyayang untuk menerima amalan kita walaupun 1 dari 10. Bila kita dihukumkan sebagai 'orang yang berdosa' atau 'ahli neraka', ingatlah kita masih lagi dalam spektrum untuk sentiasa beringat yang kita ada 'tugas' untuk mengejar amalan-amalan yang baik, kerana kita sedar kita 'orang yang berdosa'...sedang bagaimana pula d...

Bermulanya zina...

Image

Maafkan aku...

Image
Kita semua selalu fikir mahu sentiasa kaya.. Kita semua selalu fikir mahu sentiasa cantik.. Kita semua selalu fikir mahu sentiasa seronok.. Kita semua selalu fikir mahu pergi luar negara..mengumpul gambar2 kemegahan untuk diupload di Facebook Kita semua selalu fikir mahu makan makanan enak di hotel2 mewah.. Kita semua selalu fikir mahu sentiasa bergaya dengan jenama2 terkenal... Kita semua selalu fikir mahu hidup bahagia dengan pasangan yang cantik, hensem, dan kaya Kita semua selalu fikir mahu glamour dan dikenali semua orang.. Tapi..pada mereka semua hanya selalu fikir untuk sekadar dapat tidur lena dalam tanah air yg bebas Maafkan aku wahai saudaraku palestian..aku lupa akan kamu, semoga aku mampu membantumu walau usaha sebesar kuman..  

Daku mengembara..

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. “DIAlah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula” (al-Mulk, ayat 15)   Selama hidup 30 thun ni...ini pertama kali jejak kaki ke Negeri Perlis Indera Kayangan...saya tinggalkan sejenak serabut kerja dan perkara dunia yang lain..untuk satu pengalaman hidup.."alahai..apelah sangat perlis..aku ingat hg ronda eropah"...xpelah..yg pasti ianya tetap pengalaman berharga terutama bersama sahabat baik cik xane and family..hehehe   (Pandangan sawah padi..sama jugak mcm di Selangor..cuma di utara ni gunung and bukit lebih jelas pandangannya) Sepanjang perjalanan kami berkongsi cerita dan pengalaman, bukan selalu berjumpa, semuanya kerana kesibukan memenuhi tuntutan hidup dan kerja , berkongsi makanan dan kesukaan,berbual, berhujah, bersetuju dan berbeza pendapat, itu semua proses untuk m...

Hak aku...

... Aku perlu kan hak ini... Kamu melihatnya sebagai lembik dan lemah.. tapi aku perlukannya.. Pernah kamu terfikir betapa banyak daya untuk aku menahan rasa benci terhadap kamu yang membuat aku terluka.. Betapa banyak tenaga diperlukan untuk aku terus senyum pada kamu yang selalu membuat aku menangis Betapa banyak kudrat untuk menahan jiwa mendengar butiran bicara kamu yang selalu membuat aku derita perit pada ulu hati.. Itu pun akhirnya kamu masih mengatakan aku lembik dan lemah kerana aku hanya menuntut hak untuk terus menangis.. Adakah orang yang lemah lembut itu memiliki hati yang lemah? adakah orang yang memiliki hati yang lemah, tidak dapat berubah menjadi tabah? Ketabahan tidak akan muncul sendirinya bila tiada “semangat” dan “semangat” muncul setelah proses “penerimaan”. Penerimaan adalah kita dapat menerima semua keadaan dan kenyataan yang ada, menerima semua kegagalan, menerima semua bentuk ’sakit’, ‘jatuh’, ‘down’ dan apa – apa pun namanya yang mener...

KAEDAH MENCARI BAHAGIA MENURUT AL QURAN DAN AS SUNAH

1. Beriman dan beramal salih. “Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.” (An-Nahl: 97) Ibnu ‘Abbas RA meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban). Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana’ah (merasa cukup). Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu ‘Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan. 2. Banyak mengingat Allah . Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekali gus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana. Firman Allah: “Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.” (Ar-Ra’d: 28) 3. Bersandar kepada Allah. Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah...

Raya dan Cuti

Hari rabu raya ke -4, saya sudah mula bekerja...meneruskan perjuangan, tanya orang pada saya "kenapa balik cuti awal sangat..", tiada alasan cuma jawapan yang sesuai, kerja itu memang sentiasa ada...cuti atau tidak ia tetap sama..merasa cukup dengan 3 hari cuti yang diberi (cuti yg kat kalendar tuh je)..masih sempat ziarah saudara dalam 3 hari, ziarah teman2 setelah mereka balik KL la...sebab awal2 raya mereka semua di kampung masing2...jawapan lain...belajar tuk consider dengan org lain..peluang cuti panjang  ini untuk teman sekerja lain yg bekeluarga untuk bercuti...harap2 saya ada peluang tahun depan untuk bercuti panjang...consider dengan org lain, agar org lain bleh consider dengan kita...tips tuk kerja lama...ya..saya masih ada keluarga dan keperluan hidup untuk dipertahankan jadi saya perlu bekerja....

No title

1- Surah Furqan 74 وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٲجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٍ۬ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامً٧ Ibrahim : 40, Ali-Imran : 38

Qasidah

Image

Doa Cinta Nabi Daud a.s

Image

Hukum Berkerja Dengan Bank Konvensional

Point2 hukum boleh bekerja di bank: 1. Tidak semua perniagaan yang dijalan di bank haram. Ada yang halal. Oleh itu gaji yg diperolehi bertaraf syubhat (kerana hasil pendapatan bank yg bercampur sumber halal + haram) 2. Bekerja dengan baik serta dgn hati yg tidak rela & insaf. Perasaan yg merindui datangnya satu sistem yg diridhai Allah. 3. Berganding bahu bersama umat Islam lain ke arah mewujudkan sistem tersebut. 4. Bahaya akan datang jika dilarang semua umat Islam bekerja di bank. Org kafir akan ambil alih ekonomi negara dan umat. 4. Boleh bekerja atas dasar darurat. Memenuhi keperluan asas kehidupan http://wanwma.com/agama/hukum-berkerja-dengan-bank-konvensional/

Aminah Assilmi - Wanita Hebat yang Merendah Diri

Aminah Assilmi - Wanita Hebat yang Merendah Diri (Part 1) - http://wanitaisma.net/berita-dunia-islam/158-aminah-assilmi-wanita-hebat-yang-merendah-diri-part-1.html Aminah Assilmi - Wanita Hebat yang Merendah Diri (Part 2) - http://wanitaisma.net/berita-dunia-islam/159-aminah-assilmi-wanita-hebat-yang-merendah-diri-part-2.html Aminah Assilmi - Wanita Hebat yang Merendah Diri (Part 3) -  http://wanitaisma.net/berita-dunia-islam/157-aminah-assilmi-wanita-hebat-yang-merendah-diri-part-3.html

Dingin

"Ah..awak ni sungguh membosankan lah".."ye, saya ini memang membosankan, dingin dan boring"..jawab saya pada teman itu. "Jangan kwn dengan saya, pergilah cari teman lain yang faham erti consideration and understanding"...."Tiba masa awak akan faham..bosan dan dingin saya ini ada maksudnya"...Jawab saya lagi dan dia diam.. Ya, saya yang memilih untuk menjadi dingin dan bosan maka saya dilihat sebagai orang minoriti. saya bukan favourite kerana itu adalah pilihan saya..menjadi minoriti itu juga pilihan saya, minoriti bila kita merasa sendiri...namun saya tahu Tuhan selalu ada, walau mungkin dilihat tidak punya apa-apa namun hati tidak penuh dengan amarah dan rasa sakit, kerana saya bebas untuk menjadi sesiapa sahaja dalam spektrum yang saya tentukan sendiri, boleh saja lepas dari trend masa kini. Menjadi minoriti itu bukan kesialan, ianya akan membuat kita kuat di terpa badai kehidupan dan membakar batas-batas seksaan nurani. Memilih untuk tida...

Berlapang dada...

Image
"Aini..kenapa masih macam ni?", itu antara persoalan dari teman2 lama yang sy jumpe, saya akui teman2 sy kini menjadi orang yang hebat, bukan sedikit yang kini sudah menjadi business woman, malah travel ke overseas perkara biasa kebanyakkan mereka, dan saya hanya menumpang order fridge magnet sekali sekala, tak boleh la selalu, kerana masih ada malu... Namun saya tidak lah berasa apa-apa, marah tidak, menyesal tidak, tentang pandangan mereka pada saya, setiap orang itu ada bahagian hidupnye masing2, dan selagi kita bersabar dan berlapang dada dengan bahagian kita, hikmahnya tentu ada. Saya tiada jawapan yang tepat tika soalan itu diterpa pada saya, tak yakin dengan jawapan yang bakal diucap, bimbang rasa diri merungut atau mengeluh..jadi sy biarkan soalan itu, kerana saya percaya tentang rahsia Allah, dan takdir untuk saya yang sudah tertulis di Loh Mahfuz... Allah menciptakan loh mahfuz Dan menetapkan takdir manusia sama Sekali bukan untuk kepentingan diri-Nya. Akan...

KISAH KEINSAFAN: Jutawan, Pengasas Bank Al-Rajhi Yang Memilih Untuk ‘Miskin’

Image
Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi. Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut. Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia. Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini. Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimi...

Ikhlas..

Meyakinkan manusia tentang keikhlasan diri adalah perkara yg paling sukar , kekadang berasa putus asa untuk membuat kebaikkan dan keikhlasan kerana diri ini dinilai sebaliknya..tapi jika dilupakan sementara harapan untuk melihat orang lain menilai kita dgn cara yang kita mahukan..maka kebaikkan dan keikhlasan diteruskan juga..bak kata Saiyidina Ali " Tanda ikhlas itu, ialah apabila pujian tidak menyebabkan kau menambah amal dan kejian menusia tidak menyebabkan engkau mengurangkannya. Dihadapan dan dibelakang manusia ibadahmu tetap sama' AllahuA'lam..

Rindu...

Image
Demi Allah saya sangat merindui anak2 buah especially yang belum setahun tuh..maaf ye Hanan, Eisya and Aiyad, mak teh keje lagi minggu ni..sabtu and ahad lagi..AllahuAkbar!..kalo free memang rempit jenguk , cium, peluk dorang..rindu bau baby..AllahuAkbar!! Ujian Allah itu datang dalam macam2 bentuk..disibukkan diri kita dengan kerja dunia, tapi itulah jambatan atau alat untuk kita sibuk mencari akhirat InsyaAllah..Kalau kita senggang, tidak bekerja atau releks2 sahaja tiada jaminan kita akan ingat dan  merindui Allah.. “Ya Allah, aku layak diuji. Aku hanya hambaMu. Di sebalik ujian ini aku yakin ada kebaikannya. Cuma kerana kelemahan dan kejahilanku… aku belum nampak wahai Tuhan. Namun aku tetap yakin di sebalik semua ini tetap ada kasih sayangMu.” Wajah Tenang Itu

Ceramah UAI

Image
Ku batalkan niat untuk hadiri ceramah UAI di masjid Assalam Puchong, demi tanggungjawab ku pada kerjaku...YaAllah ampuni aku kerana terulit sesuatu yang bukan Engkau.. Tapi gambaran ini...menambah semangat tuk aku pastikan yang aku akan pergi juga kalau ada kesempatan. AllahuAkbar!

Ilmu..

Adakah zakat diwajibkan ke atas orang yang masih mempunyai hutang?    sumber: http://www.darulfuqaha.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=135:adakah-zakat-diwajibkan-ke-atas-orang-yang-masih-mempunyai-hutang-&catid=47:fiqh-dan-hukum&Itemid=165

Penggunaan kaedah fiqh dalam produk kad kredit AmBank al-Taslif Visa

sumber: http://ustazsaifudin.wakaf.org/v1/2008/10/09/kaedah-fiqh-dalam-kad-kredit/ Pendahuluan Penggunaan kad kredit pada masa ini dilihat semakin penting dalam urus niaga. Penggunaannya semakin meningkat di kalangan orang ramai untuk memudahkan mereka melakukan urusniaga di dalam dan di luar negara tanpa perlu membawa sejumlah wang tunai yang banyak. Untuk menggunakan perkhidmatan kad kredit ini beberapa syarat perlu dipatuhi oleh pemohon supaya mereka layak menggunakan kad kredit. Penulisan ini akan membincangkan tentang keharusan pihak bank meletakkan syarat cagaran untuk menggunakan kad kredit yang ditawarkan pihak bank melalui cagaran ke atas akaun simpanan tetap atau akaun simpanan semasa dan fokus penulisan ini adalah melihat keharusan yang diberikan melalui kaedah-kaedah fiqh dalam perkhidmatan Kad kredit AMbank Al-Taslif Visa. Secara umumnya, kad kredit yang dibenarkan dalam islam menggunakan beberapa prinsip di dalam pelaksanaannya. Antara prinsip tersebut ialah prinsip ...

Perbandingan..

Diluar pintu rumah seorang sahabat terletak senaskah surat khabar HARAKAH..teman itu buat x endah je..sambil membawa masuk paper tersebut dan menyatakan untuk buat lapik siang ikan.. maka sy berty kpd teman tersebut..x mahu baca dlu ke?.."x payah" katenye...saya kate "baca je la"...mana tahu ada info penting.."arghh..karut sume tuh" balasnya.. saya tidak sruh percaya..tapi membaca saja info sekadar untuk mencabar minda pun apa salahnya..tapi sikap menolak mentah2 info itu sy kurang bleh terima... Perbandingan itu proses dalam mencabar minda.... saya percaya itu, dengan perbandingan kita tidak menjadi statik, bagaimana 2 nilai diambil dari satu jenis dan kita bandingkan untuk mendapatkan satu perkara yang terbaik...kita ambil contoh membeli barang, kita perlu membandingkan harga bagi barang yang sama untuk kita membuat pilihan yang terbaik barang yang mana kita patut belanjakan untuk dibeli..ada yang memilih barang untuk dipilih atas dasar harga yang...

An Unplanned travel experience 2

Image
Nota kembara tioman diteruskan, pengalaman hidup ini adalah proses ilmu, proses meng'upgrade' kan diri menjadi lebih matang... Genting Village, tempat resort kami, bukan sahaja ada resort tapi rumah penduduk kampung, orang kampung kebanyakannya bekerja secara direct dengan industri pelancongan yang wujud disini. Bertuah penduduk genting village di tioman kerana hidup dekat dengan alam, kalau kita merungut dengan jammed di jalan raya dek kerana kereta dan kenderaan lain mahupun traffic light..penduduk yang tinggal di pulau seperti pulau tioman ini berdepan dengan "jammed" dek alam, jika ribut dan petir hujan di tengah laut...bagaimana tabah mereka menghadapinya..?..bersyukur la dimana saja kehidupan kita ditakdirkan وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَٮِٕن شَڪَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ‌ۖ وَلَٮِٕن ڪَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ۬ Terjemahan: "Demi, sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmat- Ku kepada kamu dan sekiranya kamu kufur...

An unplanned travel experience

Image
Kembara Tioman - Terima Kasih Allah kerana memberi hambaMu ini ruang dan peluang untuk memahami kehidupan yang tidak pernah aku lalui..perjalanan ini mengajar kita mengenal Pencipta melalui alam semesta. Ini TBS ye., Terminal Bersepadu Selatan, berangkat ke mersing..dah setahun lebih kot TBS ni siap, sebagai rakyat malaysia kene la merasa jugak nak masuk TBS...xde le "dikononkan" dek orang2 nigeria, ke myanmar ke yg dah biasa keluar masuk sini ketibaan pada hari pertama di Genting village mengambil mase 1 jam setengah..first time naik ferry, mak aiih..darat dohhh!! dah umo 30 thn br merasa... pemandangan setelah turun dari ferry (eja btul ke salah ferry ni lantak le..) segak siot tioman ni... Petang hari pertama di tioman, matahari dah nak terbenam...maknanya nak maghrib le..tapi anak2 dara ni duk "menyedan" (ayat mak aku..membawa maksud melepak) layan blues.. Nota kaki: pernah terbaca @ diberitahu oleh someone, waktu maghrib j...